SUKMA 2024: Bintang kelab MPFL anggap tuan rumah, Pulau Pinang pencabar utama futsal Selangor


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Zulkifli meletakkan beberapa pasukan yang bakal dihadapi dalam peringkat kumpulan sebagai pencabar utama. — Instagram/jonn18_

KEJOHANAN Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada pertengahan Ogos depan sudah cukup mendebarkan apabila persiapan kini memasuki fasa akhir.

Antara acara yang pastinya menjadi tumpuan sudah tentu saingan futsal dengan ia adalah salah satu sukan terbesar dalam kalangan penyokong.

Melihat kepada persiapan, kontinjen dari Selangor berpeluang cerah untuk meraih pingat emas daripada acara berkenaan berdasarkan persiapan sudah dilakukan.

BACA LAGI: Simpati nasib atlet sofbol SUKMA, MSN Selangor tampil biayai kos pembedahan, pemulihan

BACA LAGI: Atlet Malaysia terima durian runtuh, RM2 juta habuan pemenang pingat emas pertama

434410051_18389767522074718_3851423691978555761_n

Skuad futsal Selangor terus melakukan persiapan menjelang SUKMA akan datang. Facebook/MSN Selangor

Latihan yang dilakukan di samping kehadiran pemain regular di Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) membuka peluang cerah buat negeri itu muncul juara dalam saingan futsal.

Salah seorang dipanggil pasukan Selangor adalah pivot Shah Alam City, Zulkifli Abu Hassan Zali yang mempunyai cita-cita besar untuk membantu negeri berkenaan meraih pingat emas.

"Persiapan kami untuk saingan futsal SUKMA kali ini adalah agak rapi kerana sudah bermula sejak Februari meskipun persefahaman belum lagi dibentuk pada waktu itu memandangkan adanya perbezaan dari segi jadual MPFL.

"Tetapi, bermula Jun lalu, kami sudah mula bersama sehingga ke SUKMA nanti. Kami juga sudah berada dalam fasa akhir yang mana kami akan berkampung di kawasan ditetapkan bagi temasya itu," katanya kepada Majoriti.

Alhamdulillah you give me a chance to create moment  with @shahalamcity.fc   #mpfl2024

Zulkifli merupakan pemain penting yang membantu pasukannya dalam MPFL. Instagram/jonn18_

Musim ini, Zulkifli atau turut dikenali sebagai John menjadi watak penting yang membantu Shah Alam City berada di kedudukan keempat Divisyen 1 MPFL selepas 12 perlawanan.

Kepakaran dimilikinya sudah tentu diharapkan dapat membawa pingat emas buat negeri itu dalam misi merealisasikan sasaran 61 yang ditetapkan sebelum ini.

"Saya akan membantu pasukan bagi kejohanan SUKMA nanti dengan rezeki saya miliki di Shah Alam City akan dibawa bagi memberi tunjuk ajar buat rakan sepasukan," katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran terbesar buat skuad futsal Selangor dalam kejohanan, Zulkifli yang berusia 21 tahun melihat setiap pasukan bakal dihadapi di peringkat kumpulan membawa ujian tersendiri.

"Cabaran bagi saya untuk kumpulan kali ini terutamanya adalah Sarawak kerana mereka tuan rumah. Selain itu, Pulau Pinang juga cabaran kerana saya mempunyai kawan di negeri berkenaan," katanya.

Selangor yang masih belum pernah meraih sebarang pingat dalam acara futsal mencatatkan keputusan memberangsangkan pada dua aksi persahabatan terakhir dengan keputusan seri bertemu skuad MPFL Kedah dan menewaskan Nilai City SC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram