'Jangan terlepas acara lagi', peminat anggap jumlah pegawai Olimpik ke Paris munasabah


  • Podium
  • Isnin, 22 Jul 2024

MOM membawa 40 pegawai dan 26 atlet terbang ke Olimpik Paris 2024.

SEGELINTIR pihak mempersoalkan bilangan 40 pegawai yang akan ke Olimpik Paris, lebih ramai berbanding hanya 26 atlet yang berjaya melayakkan diri beraksi di temasya itu yang boleh menjurus kepada pembaziran wang rakyat.

Namun Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebelum ini tampil menjelaskan semua pegawai ke Sukan Olimpik Paris 2024 mempunyai peranan penting dalam memastikan atlet mendapat sokongan yang diperlukan ketika bertanding di temasya terbesar dunia itu.

MOM dalam satu kenyataan, berkata, kontinjen negara ke Paris terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai termasuk 15 pakar teknikal, 11 kakitangan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat serta lima pengurus pasukan.

BACA LAGI: Ejen bintang Perak FC beri amaran kelab Liga Super hati-hati dengan scammer Korea Selatan

BACA LAGI: Selain Danish Hakim, 3 lagi tragedi penyokong meninggal di stadium ketika aksi Liga Malaysia

Katanya, semua 15 jurulatih dan pengarah teknikal bertanggungjawab membabitkan latihan, pembangunan strategi, dan prestasi atlet.

Kenyataan sama turut memaklumkan MOM sebagai penjaga Sukan Olimpik di Malaysia, badan induk itu dikehendaki oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memastikan semua atlet negara menerima sokongan yang menyeluruh.

Tindakan MOM untuk menjelaskan bilangan 40 pegawai menerima reaksi positif dalam kalangan peminat sukan tanah air agar insiden yang berlaku kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tidk berulang lagi.

Ini kerana, Ziyad pernah tersingkir selepas didakwa lewat masuk ke 'call room' sebelum pertandingan dimulakan dan kemenangannya dibatalkan ketika beraksi di kejohanan Paralimpik Tokyo pada 2021.

Pada ketika itu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter sebelum kemenangan itu dibatalkan.

"Masih ok sebab 'ratio' 1 atlet 2 pegawai, jurulatih medic, fisio, kaunselor dan lain-lain. Manage team Sukma pun ramai officials," kata Turis Sesat.

"Sebenarnya logik untuk seorang atlet ada lebih dari satu pegawai untuk pergi bersama.

"Contoh pelari pecut, jurulatih dia tak sama dengan atlet lontar peluru, dan biasanya pengurus pun orang yang lain, belum kira pegawai teknikal bagi acara yang ada alatan macam basikal," jelas Azuan Aziz.

"Pegawai sangat penting untuk urus dan pastikan semua perjalanan lancar untuk mengelakkan atlet daripada tersingkir.

"Pegawai terlibat semuanya datang daripada golongan profesional seperti jurulatih, doktor dan pakar sukan perubatan," ujar Nazarenko Nazir.

Sebelum ini, MOM menyasarkan satu pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram