Leny Yoro tinggal selangkah sarung jersi Manchester United


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Yoro hampir pasti menyertai Manchester United.

PEMAIN pertahanan Lille, Leny Yoro dalam proses langkah akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyelesaikan terma peribadi untuk menyertai Manchester United.

Menurut laporan David Ornstein, The Athletic pada Rabu, pada awalnya dia memilih untuk menyertai Real Madrid, namun akhirnya memilih Manchester United.

Yoro, 18, yang telah bermain untuk kelab Prancis tersebut sejak usia 16 tahun itu, kini dalam perjalanan ke Manchester United bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyelesaikan terma peribadi bersama pasukan itu.

BACA LAGI: T'Kami menderita dalam diam setiap tahun', Menteri Belia dan Sukan Sarawak jawab permintaan Sanusi tanggung kos SUKMA

BACA LAGI: 'Kami tetap nantikan kemaskini kes Faisal Halim,' kerajaan, pembangkang sepakat lulus usul tergempar kecam keganasan sukan

Memetik laporan One Football, Manchester United dan Lille telah mempersetujui bayaran yang dikenakan sebanyak 52 juta pound (RM316 juta).

yoro

Yoro, 18, bermain untuk kelab Prancis sejak usia 16 tahun itu, kini dalam perjalanan ke Manchester United bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyelesaikan terma peribadi.

Manchester United sebelum ini turut dikaitkan dengan pemburuan beberapa pemain pertahanan tengah termasuk Jarrad Branthwaite dan Matthijs de Ligt tetapi masih belum ada perjanjian dicapai setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram