Baru kena sekali dua dah tagih simpati, Sarawak tolak tanggung kos pengangkutan atlet negeri lain SUKMA 2024


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jul 2024

SUKMA Sarawak dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan. — Facebook/SUKMASarawak2024

TIDAK sampai sebulan sebelum penganjurannya, Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak mencuri tumpuan ramai berhubung dengan kos pengangkutan dan penghantaran atlet yang didakwa menelan belanja yang tinggi.

Perkara itu dibangkitkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor yang tampil secara terbkua berhara agar Sarawak sebagai penganjur untuk menanggung sebahagian kos menghantar kontinjen ke negeri tersebut.

Dalam satu sidang media pada Rabu, Sanusi berkata, permintaan itu dibuat selepas kerajaan negeri dijangka terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk bagi perbelanjaan tiket perjalanan dan membawa peralatan melibatkan beberapa kontena.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

Permintaan tersebut ternyata mendapat reaksi yang negatif daripada pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Khamis berkata, sejak sekian lama, Sarawak terpaksa menderita setiap tahun untuk menanggung kos yang tinggi untuk menghantar penganjuran acara sukan yang diadakan di Semenanjung.

Beliau turut menyifatkan bahawa permintaan Sanusi itu tidak lebih hanya sekadar satu gurauan.

2794766

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, Kerajaan Sarawak tidak akan menanggung kos pengangkutan atlet dari negeri-negeri lain untuk bersaing dalam SUKMA di negeri itu yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Katanya, kos pengangkutan atlet adalah tanggungjawab negeri masing-masing, bukannya mengharapkan Sarawak selaku tuan rumah untuk menanggungnya.

Susulan daripada itu, di ruangan komen, rata-rata daripada warganet bersetuju dengan pendirian yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri Sarawak berhubung isu tersebut.

Malah mereka berpandangan, hal tersebut tidak seharusnya timbul memandangkan setiap negeri sepatutnya mempunyai tempoh masa yang panjang untuk melakukan persediaan.

Pada masa sama, warganet turut berpendapat bahawa, adalah tidak adil kepada negeri di Borneo sekiranya permintaan Kedah itu ditunaikan.

photo1720759252

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

"Baru mereka tahu macam mana sukarnya pasukan dari Sarawak, Sabah dan Labuan kalau nak masuk bertanding apa-apa acara ke Semenanjung. Benda ni pun rasanya setiap kerajaan Negeri dan Wilayah ada tempoh setahun lebih, takkan tak reti-reti nak cari dana," kata Penjejak Awan.

"Diharap Datuk Gerald Rentap tidak tunduk dengan permintaan tersebut. Biar mereka rasa apa yang telah kita rasa dan alami apabila atlet kita bertanding di luar Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak tidak pernah merayu supaya negeri tuan rumah di sana menanggung segala kos pengangkutan," tulis Damien Damianus Nyalurt.

"Teringat dengan budak-budak dari Sabah yang dibantu rakyat sendiri untuk menampung kos sukan ke Semenanjung. Kalau semangat ada, orang sendiri yang akan tolong kalau tiada duit. Kalau Menteri Besar tiada duit, suruh rakyat tolong. Kalau rakyat kedah nak la," kata Mike Jare Maiah Meredan.

"Aikkk...Kenapa pula ada idea nak minta Sarawak tanggung kos pengangkutan negeri lain. Selama ini tak dengar negeri lain tanggung kos pengangkutan untuk atlet Sarawak berentap di negeri lain," ujar Naharudin Mahzin.

"Saya sokong kenyataan Datuk. Selama ini tak pernah Sarawak menagih simpati dengan negeri lain. Kamu tu baru sekali dua kali datang acara dekat Sarawak sudah nak minta tanggung. Kalau dibandingkan kami ulang alik pasukan bola ataupun sukan lain," tulis Luca Catolica Jose P'hs. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram