[VIDEO] Paris 'blackout' lepas sehari jadi tuan rumah Sukan Olimpik


  • Benua
  • Ahad, 28 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan situasi bandar Paris yang gelap akibat gangguan bekalan elektrik pada Ahad. — Agensi

PENDUDUK Paris berdepan detik cemas apabila gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di bandar Paris, Perancis sehari selepas acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 pada Sabtu.

Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad, bandar yang terkenal dengan nama City of Lights itu gelap dan suram kerana terputus bekalan jana kuasa.

Kejadian itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan kepada orang ramai sehingga ada yang mendakwa terdapat unsur khianat.

Ia turut menjadi kebimbangan kerana Paris sedang menjadi tuan rumah kepada acara sukan peringkat global yang berkemungkinan boleh memberi imej buruk kepada negara lain.

"Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Paris. Saya rasa macam sabotaj. Ramai cakap ini balasan tuhan, tapi saya tak percaya pada kebetulan," tulis @PhilHollowayEsq.

"Gangguan ini boleh menjejaskan acara Sukan Olimpik Paris," komen @MarioNawfal.

Namun, punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Paris setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram