TBG terus kempunan cipta kemenangan sulung di Ipoh, fans persoal tahap 'fitness' pemain


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Wan Zack menghadiahkan gol buat tuan rumah seawal minit ke-6 perlawanan. — Perak Football Club

PERAK FC terus kempunan untuk mendapatkan kemenangan sulung di gelanggang sendiri selepas tujuh perlawanan Liga Super 2024 apabila tewas di tangan Kuching City FC 1-2 dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh pada Selasa.

Anak buah Yusri Che Lah berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-6 menerusi rembatan deras rendah dari luar hadapan kotak penalti oleh ketua pasukan, Wan Zack Haikal Wan Nor.

Jaringan itu terhasil daripada gerakan serangan balas dimulakan daripada sepakan penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid yang disambut Clayton dan Luka Milunovic sebelum disudahkan Wan Zack.

BACA LAGI: Malaysia perlu tempoh 2 lagi penggal kerajaan sebelum capai status Harimau Asia

BACA LAGI: Lebih 60 tahun tak banyak berubah, tiba masa semak semula prinsip persempadanan kawasan pilihan raya

Kedua-dua pasukan berjaya mencipta beberapa peluang terbuka sepanjang 45 minit pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Perak FC dilihat lebih mengancam di hadapan pintu gol lawan menerusi antaranya menerusi Clayton dan Tommy Mawat

Bagaimanapun, tempo permainan agak perlahan akibat keadaan padang yang berlecak akibat hujan lebat sebelum aksi.

Terdahulu, perlawanan terpaksa ditangguhkan hampir sejam akibat cuaca buruk.

Sementara itu, jaringan daripada Wan Zack turut mendapat pujian daripada penyokong The Bos Gaurus yang memuji ketajaman dimilik bekas pemain kebangsaan itu.

452747775_502408379006209_7832914618325054371_n

Perak FC gagal untuk mengekalkan intensiti perlawanan pada separuh masa kedua sehingga memberi ruang kepada Kuching City bangkit mencipta kemenangan dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh pada Selasa. — Perak Football Club

"Wan Zack Haikal termantap, walaupun berusia naluri pemusnah tak pernah kurang," tulis Aman Tu Billah Affendi.

Memasuki separuh masa kedua, Kuching City FC meningkatkan intensiti perlawanan dibantu dengan kemasukan pemain import di bahagian tengah, Petrus Shitembi.

Dua gerakan serangan yang tercetus hasil hantaran situasi bola mati oleh Shitembi seawal lima minit pertama separuh masa kedua gagal dimanfaatkan oleh rakan sepasukannya.

Kuching City FC akhirnya berjaya mendapatkan jaringan penyamaan apabila penyerangnya, Jordan Mintah berjaya menanduk masuk hantaran sepakan penjuru daripada Shitembi pada minit ke-68.

Pasukan pelawat terus menambah derita tuan rumah apabila penyerangnya, Tchetche Kipre menyumbat gol pada minit ke-76 bagi membolehkan pasukannya mendahului 1-2.

Anak buah Yusri gagal mendapatkan meneruskan rentak cemerlang di separuh masa pertama dengan pemain dilihat lebih sedikit keletihan untuk menguasai perlawanan dan hanya berharap kepada gerakan serangan balas.

Beberapa pertukaran dilakukan juga gagal untuk memberikan tenaga baharu untuk meningkatkan intensiti permainan mereka.

Perak FC juga dilihat bergantung kepada serangan balas untuk merencanakan serangan ke kubu lawan.

"Player dah letih tu YCL (Yusri), tukar laaa," tulis Khazeril Zamanhuri.

"Nak salahkan siapa lagi? 2nd half dah nampak dah player ramai yang dah hilang fokus," ujar Mustaqim Yaakub.

Kekalahan di tangan Kuching City menyaksikan Perak FC kini berada di tangga kesembilan liga dengan enam mata menerusi dua kemenangan dan lima kekalahan selepas tujuh perlawanan manakala anak buah Aidil Sharin Sahak pula melonjak ke kedudukan keempat dengan 10 mata hasil dua kemenangan dan empat keputusan seri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram