‘JDT bukan tempat pemain dibangunkan dalam Malaysia’


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Kesebelasan utama JDT ketika menewaskan Terengganu dengan keputusan 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat lalu (26 Julai).

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sudah mengumumkan tiga kemasukan pemain baharu menjelang jendela perpindahan kedua yang akan dibuka semula pada Khamis ini.

Trio bintang baharu tersebut adalah Enzo Lombardo (Perancis), Park Jun-heong (Korea Selatan) dan Christian Abad Amat (Malaysia) yang bakal memperkuatkan cabaran Harimau Selatan di pentas Asia.

Namun kemasukan pemain baharu pastinya akan ada bintang tersisih ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan demi mengimbangi semula struktur kantung kewangan.

BACA LAGI: 'K-pop in the house', bintang baru JDT boleh bantu cipta rekod untuk Syihan

BACA LAGI: Prestasi bersama skuad kebangsaan antara sebab JDT mungkin kehilangan Jalil Elias

JDT yang sudah dipenuhi dengan pemain import, warisan dan naturalisasi memberikan persaingan sengit buat bakat tempatan untuk terus menyerlah akibat daripada kekurangan minit bermain.

Menerusi pandangan pemerhati bola sepak, Zuraimi Zukri dalam satu hantaran Facebook miliknya berkata, JDT telah meminjamkan ramai pemain tempatan selepas kurangnya minit permainan.

Tambahnya lagi, bakat-bakat yang dibangunkan dalam Liga Super seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syamer Kutty Abba juga tidak mendapat tempat di kem Harimau Selatan.

“Fakta nombor, JDT bukan tempat untuk pemain yang dibangunkan dalam Malaysia seperti Safawi, Akhyar, Syafiq, Syameer Kutty dan ramai lagi.

“Kehadiran Lambert, Ting dan Hidalgo pada masa akan datang bakal menyesakkan kumpulan pemain jenis di atas.

“Ini hujahnya, umumnya semua tahu, pada pendaftaran pertama JDT mempunyai 10 pemain import. Mereka juga mempunyai ramai pemain warisan dan beberapa pemain naturalisasi.

“Jadi berapa minit pemain yang dibangunkan dalam Malaysia telah bermain terutamanya di Liga Super dan siapa mereka,” katanya.

JDT team won 31 against Terengganu team at Malaysia Cup 2023. Terengganu Ivan Mamut score the penalty against Ahmad Syihan Hazmi Mohamed. 08 DECEMBER 2023 ?CHAN TAK KONG/The Star

Syihan Hazmi mendapat minit permainan di JDT.

Zuraimi juga ada menyatakan minit permainan setiap pemain yang dibangunkan dalam Liga Super sebagai bukti bahawa bakat tempatan hilang tempat di JDT.

“Dalam perlawanan liga, ini adalah minit permainan dari pemain yang dibangunkan dalam Malaysia.

LS1. Menang percuma

LS2. 247 minit (25%)

LS3. 187 (19%)

LS4. 274 (28%)

LS5. 306 (31%)

LS6. 278 (28%)

Feroz

Feroz antara ubi muda JDT yang semakin dikenali.

“Bagi setiap perlawanan, 180 minit majoriti milik Syihan Hazmi dan Ariff Aiman. 90 minit lagi milik Feroz Baharuddin atau Shahrul Saad.

“Baki sembilan pemain yang dibangunkan dalam Malaysia, akan mendapat beberapa minit akhir permainan melalui pertukaran masuk.

“Enam kali masuk pada lima minit terakhir dan satu kali 12 minit dan sekali 24 minit.

“Di bawah adalah minit dan peratusan selepas tolak 4 pemain di atas, minit untuk baki 9 pemain lain.

LS1. Menang percuma

LS2. 67 minit (7%)

LS3. 7 (0.7%)

LS4. 4 (0.4%)

LS5. 46 (5%)

LS6. 8 (0.8%)

Tambahnya lagi, pemain harus berani keluar untuk mencari peluang baharu jika tidak mahu senasib dengan Ahmad Hazwan Bakri yang kini tiada pasukan akibat mengalami kecederaan serius.

“JDT sebenarnya tidak lagi mampu mengumpul pemain yang dibangunkan dalam Malaysia cuma mereka mempunyai jalan lain.

“Kesimpulan, hanya dua pemain yang dibangunkan dalam Malaysia mendapat tempat, dua digilirkan dan sembilan hanya diberi beberapa minit. Ia tidak termasuk pemain yang dipinjam keluar.

“Keluar untuk mencari minit kerana tiada minit di pasukan asal. Jika tidak keluar, semua mereka akan menjadi Hazwan Bakri,“ ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram