Misi sukar buat Sabah FC, 3 bintang KL City mampu halang impian 3 mata Ong Kim Swee


  • Podium
  • Rabu, 31 Jul 2024

Kesebelasan utama Sabah ketika menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 di Stadium Likas pada 25 Julai lalu.

SELEPAS berjaya mengutip tiga mata penuh menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di halaman sendiri dengan keputusan jaringan 2-0 pada Khamis lalu (25 Julai).

Datuk Ong Kim Swee pastinya mahu sekali lagi mengulangi pencapaian itu semasa berkunjung ke Stadium Kuala Lumpur pada Rabu dalam pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC.

Sabah yang kehilangan tonggak utama, Ramon Machado sebelum jendela perpindahan kedua yang akan dibuka pada Khamis ini pastinya menagih magis Azhad Harraz untuk mengetuai barisan serangan Sang Badak.

BACA LAGI: Muda-muda lagi aura pemimpin sudah ada, Arif Aiman tak keseorangan galas tanggungjawab kapten

BACA LAGI: ‘JDT bukan tempat pemain dibangunkan dalam Malaysia’

Namun begitu, Kuala Lumpur juga mempunyai beberapa pemain yang boleh menggagalkan harapan Sabah untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Majoriti senaraikan tiga anak buah Miroslav Kuljanac yang mampu menggagalkan harapan Kim Swee menjelang pertemuan Liga Super pada Rabu:

1. Jovan Motika

Pemain yang pernah membuatkan Selangor kempunan tiga mata dalam aksi derbi Lembah Klang ini pastinya menjadi tumpuan dalam perlawanan menentang Sabah.

Jovan Motika musim ini telah diberikan kepercayaan oleh Kuljanac untuk beraksi dalam kesemua lima perlawanan Liga Super.

Pemain berusia 25 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan terakhir The City Boys.

Namun gerakan lincah di sayap kanan pasukan mampu membuatkan benteng pertahanan lawan ketakutan dengan kehadirannya.

2. Brendan Gan

Walaupun sudah berusia 36 tahun, Brendan Gan tetap menjadi dirinya apabila kerap dipilih untuk mengetuai bahagian tengah Kuala Lumpur.

Brendan yang dikhabarkan akan kembali ke Selangor pada jendela perpindahan kedua Liga Super itu boleh memenangi perlawanan di bahagian tengah menentang Sabah.

Dalam tiga perlawanan Liga Super, Brendan juga turut mencetak nama selaku penjaring dan beraksi sebanyak 60 peratus sebagai kesebelasan utama pasukan.

Gandingan Brendan dan Paulo Josue boleh menjadi duri dalam daging buat Sabah yang mahu mengutip tiga mata penuh di halaman lawan.

3. Paulo Josue

Pemain naturalisasi, Paulo Josue seharusnya menjadi perhatian pertahanan Sabah selepas dia sudah meledak tiga gol dalam lima perlawanan terakhir Kuala Lumpur.

Meskipun tidak mendapat gaji selama tujuh bulan, pemain berusia 35 tahun itu tetap komited untuk membantu The City Boys.

Kelebihan yang dimiliki oleh pemain ini ialah sepakan percuma dan ini pastinya ia akan mencari peluang itu semasa di kawasan kotak penalti pasukan lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram