Minat astronomi sejak kecil, budak tahun 5 China bina roket sendiri guna bahan api pepejal


  • Benua
  • Ahad, 28 Jul 2024

Hongsen mencuri tumpuan dengan roket ciptaan sendirinya. — Agensi

SEORANG kanak-kanak China mencuri tumpuan apabila berjaya melakukan inovasi dalam sains.

Yan Hongsen merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun yang berasal dari daerah Zhejiang, timur China mencuri tumpuan apabila mempelajari ilmu fizik, kimia dan perincian (programming) secara sendiri hingga berjaya mencipta 600 kod untuk membina roket.

Kanak-kanak itu menjadi sensasi di internet selepas bapanya merakam perkembangannya mencipta roket hingga tular di media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

BACA LAGI: [VIDEO] Tangisan pasukan badminton China atas podium undang sebak, ingati rakan seperjuangan meninggal atas gelanggang

a3a61c53550025e6c68c72be76544b37

Hongsen membina roketnya sendiri sejak Ogos 2022 dengan menjadikan bahan api pepejal sebagai bahan utama. — Agensi

Menurut bapanya, semuanya bermula selepas Hongsen melihat pelancaran roket Long March-2 pada usia empat tahun. Selepas itu, Hongsen terus jatuh hati dengan astronomi dan roket.

Hongsen dikatakan mengambil kursus secara dalam talian sejak berada di tadika sambil membaca buku-buku fizik dan kimia serta menonton dan forum berkenaan perkara tersebut.

Dia kemudiannya membina roketnya sendiri sejak Ogos 2022 dengan menjadikan bahan api pepejal sebagai bahan utama.

image_2024-07-28_14-57-23

Hongsen mencipta nama di internet selepas berjaya membina dan melancarkan roketnya.​​​​​​

Pada Jun tahun ini, dia melancarkan Sen Xing yang membawa maksud 'mara ke depan' yang membawa simbolik dirinya untuk berjaya dalam bidang diceburinya.

Pelancaran roket itu bagaimana pun berakhir dengan kegagalan apabila ia jatuh semula ke tanah, namun begitu Hongsen tidak menunjukkan sebarang kesedihan ketika mengutip serpihan ciptaannya.

"Bagi saya, walaupun ia gagal tetapi pelancaran roket buat pertama kali itu masih dianggap berjaya. Saya sangat teruja tapi anak saya tetap tenang," kata bapanya.

Bapa Hongsen yang bekerja dalam bidang pelancongan mengakui tidak faham apa-apa mengenai aero angkasa, tetapi dia akan sentiasa bersama anaknya dalam mencapai misi mencipta roket buat China.

"Sebagai ibu bapa, kita mesti menyokong penuh impian anak-anak. Apabila dia mengalami masalah teknikal yang tak boleh diselesaikan, dia akan menghubungi saya. Saya akan lakukan sebaiknya untuk mencari pakar yang sepatutnya untuk membantu," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram