SETIAP empat tahun, temasya Sukan Olimpik akan diadakan dengan edisi 2024 diadakan di Paris, Perancis.
Lazimnya, pelbagai negara akan menghantar wakil untuk bertanding dalam aneka acara. Dari situ, kita dapat saksikan akan ada negara yang tidak menghantar ramai atlet untuk bertanding.
Negara-negara kuasa sukan seperti China, Amerika Syarikat dan Great Britain lazimnya membawa atlet yang ramai ke temasya tersebut.
BACA LAGI: Paris 2024: Wakil menembak, renang Malaysia berputih mata terpaksa pulang awal
BACA LAGI: [VIDEO] Atlet Mexico 'teruja' guna katil kadbod ketika sertai Olimpik Paris 2024
Namun begitu, negara-negara yang bukan kuasa sukan tidak menghantar jumlah atlet yang ramai. Sebagai contoh, negara Afrika iaitu Zimbabwe membawa atlet dalam jumlah satu digit ke Paris 2024.
Untuk temasya kali ini, mereka sekadar menghantar tujuh atlet untuk bertanding meliputi tiga sukan iaitu olahraga, renang dan mendayung (rowing).
Bagi atlet olahraga, Zimbabwe menghantar Makanakaishe Charamba dan Tapiwanashe Makarawu untuk acara pecut 200 meter. Sementara Isaac Mpofu serta Rutendo Nyahora menyertai maraton lelaki dan wanita.
Sementara Stephen Cox menyertai acara mendayung kategori kapal layar (sculls) individu. Manakala Denilson Cyprianos dan Paige van der Westhuizen masing-masing menyertai acara 200 meter kuak lentang lelaki dan 100 meter gaya bebas wanita.
Namun begitu, apa yang menjadi perhatian adalah jumlah pegawai yang dibawa oleh Zimbabwe ke temasya tersebut. Dilaporkan mereka membawa 67 pegawai ke Paris dan jumlah itu jauh lebih besar berbanding atlet yang bertanding bagi negara itu.
Ia menimbulkan kecaman dengan persoalan, kenapa perlu ramai pegawai ikut?
"Ini mengarut, sepatutnya jumlah atlet kena lebih ramai," kata Richardson Paye.
Bagaimanapun, Majlis Olimpik Zimbabwe (ZOC) dalam satu kenyataan balas memaklumkan ia semuanya adalah dusta dan mereka cuma membawa 10 pegawai saja ke Paris.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZOC, Marlene Gadzirayi, jumlah 10 pegawai itu terdiri daripada lapan pegawai teknikal dan dua pegawai bukan teknikal.
Dua pegawai bukan teknikal itu adalah dia sendiri serta Presiden ZOC, Thabani Gonye.
"Kami ambil maklum yang ada ramai pegawai teknikal, orang kenamaan lain yang dijemput ke temasya sebagai tetamu dan ratusan rakyat Zimbabwe di Paris dari pelbagai kapasiti yang datang untuk menyokong kami. Kami tidak boleh ulas mengenai itu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram