Beregu wanita bikin pasangan No 1 dunia berpeluh, gandingan lelaki mula langkah kanan tumpaskan Great Britain


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Gandingan wanita negara kalah kepada wakil China. — BAM

RENTAK kemenangan yang dicatatkan oleh gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada aksi pembukaan badminton gagal diteruskan oleh pasangan wanita, Pearly Tan-M. Thinaah pada Sabtu.

Berdepan wakil China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang merupakan pilihan pertama ternyata cabaran sukar dihadapi mereka.

Namun begitu, persembahan beregu utama negara itu dilihat memberikan saingan hebat sebelum tumpas 17-21, 20-22.

BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton

BACA LAGI: Anggap perlawanan pertama Olimpik sangat penting, Roslin Hashim ramal potensi 3 beregu negara

453149677_18263725855218462_7568750486250206993_n

Beregu lelaki negara berhempas-pulas sebelum menang. — BAM

Bagi gandingan lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula, mereka berdepan cabaran sukar daripada beregu Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy dalam pertarungan tiga set.

Persembahan set pertama agak mengecewakan buat wakil negara dengan Lane-Vendy begitu bertenaga hingga berjaya merampas set pertama 19-21.

Namun begitu, mereka mensusun semula strategi dan berhasil menunjukkan persembahan lebih baik dan berjaya mengheret permainan ke set penentuan 21-16.

Set ketiga nyata Lane-Vendy sudah tidak mampu menandingi kehebatan beregu negara apabila mereka tidak mampu mengejar Aaron-Wooi Yik sejak permulaan pertarungan.

Hasilnya, mereka berjaya berjaya menang set ketiga dengan keputusan 21-11.

Pada Ahad, ketiga-tiga beregu negara akan turun beraksi untuk perlawanan kedua bermula dengan Pearly-Thinaah berdepan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto pada 2.30 petang.

Ia diikuti dengan Aaron-Wooi Yik berdepan pasangan Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura pada 3.20 petang sebelum Tang Jie-Ee Wei menentang Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat (5.00 petang).

Sementara perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia turut akan beraksi bertemu pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe pada 4.10 petang.

Kesemua waktu aksi adalah mengikut waktu Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram