Harimau jadi isyarat Ronnie Fernandez lebih mengaum bersama Selangor?


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

Fernandez setakat ini cuma menjaringkan tiga gol untuk Selangor. — Facebook/Selangor FC

DIA mungkin mempunyai permulaan yang perlahan bersama Selangor FC, tetapi penyerang import Gergasi Merah itu tidak mahu mengalah dalam perjuangannya.

Itulah keazaman yang tertanam dalam jiwa Ronnie Fernandez dalam menghadapi masa sukarnya di Selangor.

Penyerang berusia 33 tahun itu ketika ini menjadi subjek kritikan penyokong Selangor kerana persembahan longlainya dalam pelbagai perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak suka sembang kencang, azam penyerang baharu Selangor confirm pikat hati penyokong Gergasi Merah

BACA LAGI: [VIDEO] Muak dengan aksi Ronnie Fernandez, fans Selangor desak Gergasi Merah panggil semula import pinjaman

Pada Rabu, Fernandez memuat naik Instagram Story dalam akaun miliknya dengan penyerang itu sedang bergambar bersama seekor harimau.

Tanpa menulis sebarang kapsyen, ia menimbulkan persoalan adakah penyerang dari Chile itu sedang memberikan mesej tersembunyi kepada penyokong Selangor?

WhatsApp Image 2024-07-24 at 17.37.31

Tangkap layar IG Story Ronnie Fernandez. — Instagram/@ronnie_fernandez_9

Mesej yang boleh ditafsir mungkin adalah yang Fernandez bersedia untuk bangkit mengaum gagah pada perlawanan seterusnya berdepan Penang FC pada Sabtu.

Mungkin Fernandez mahu memberikan isyarat yang dia kini sudah cukup panas untuk beraksi dan Penang bakal menjadi mangsanya.

Musim ini, Fernandez sudah menjaringkan tiga gol dengan kesemuanya hadir sewaktu Liga Super berdepan Negeri Sembilan FC dengan Perak FC.

Penyokong Selangor nyata kecewa dan semakin hilang sabar dengan Fernandez, namun jika dia mampu meledak mungkin penyerang itu dapat menjadi jelmaan Ayron del Valle pada musim lalu.

Pada musim lalu, Ayron juga bermula perlahan hingga ada penyokong berasakan dia adalah "import scam". Namun selepas itu dia bangkit menjadi penjaring terbanyak Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram