Paris 2024: Wakil menembak, renang Malaysia berputih mata terpaksa pulang awal


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Heo Yean (kiri) dan Jonanthan (kanan) tidak berjaya untuk mara ke pusingan akhir acara masing-masing.

DUA wakil negara terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis selepas mereka tersingkir dalam acara masing-masing.

Khabar duka diterima daripada lapang sasar selepas atlet menembak, Jonathan Wong turut tidak berjaya ke pusingan seterusnya.

Penembak itu sekadar meraih tempat ke-26 dalam pusingan kelayakan bagi kategori 10 meter air pistol dengan mengutip 570 mata di Pusat Menembak Nasional, Chateauroux, Perancis pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Atlet Mexico 'teruja' guna katil kadbod ketika sertai Olimpik Paris 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Acara pembukaan Beijing 2008 masih dianggap lebih baik berbanding Paris 2024

Dalam kedua-dua acara renang dan menembak ini, hanya lapan peserta terbaik akan mara ke pusingan akhir bagi merebut pingat.

Hingga kini, tiada wakil negara yang berjaya ke pusingan akhir menembak sejak Malaysia mula menyertai Sukan Olimpik pada 1956.

Sementara itu, atlet renang, Khiew Hoe Yean, tidak berhasil untuk membaiki catatan peribadinya apabila sekadar mampu menjadi perenang ke-27 terbaik dalam kalangan 38 peserta.

Hoe Yan menduduki kedudukan keempat dalam saringan kedua bagi acara 400 meter gaya bebas lelaki yang diadakan pada Sabtu.

Atlet 22 tahun yang pertama kali beraksi di Sukan Olimpik itu mencatatkan masa 3:51.66 saat. — The Star/LIM TEIK HUAT/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram