Pra musim tak sehebat Perak atau Kedah tapi Kuching City lebih 'meletup' di Liga Super


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Kuching City musim ini mencipta pelbagai kejutan dalam Liga Super. — Kuching City FC

TANPA ramai yang menyangka, musim ini menyaksikan wakil Sarawak, Kuching City FC mencipta kejutan demi kejutan dalam Liga Super.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menunjukkan persembahan baik sebagai kelab pertengahan liga dengan meraih satu kemenangan, empat seri dan satu kekalahan.

Mereka dilihat tidak mempunyai pra-musim seperti kelab-kelab lain yang lebih gah berbanding mereka seperti Perak FC atau Kedah Darul Aman FC, apakah rahsia The Cats?

BACA LAGI: Jersi baharu gagal hasilkan tuah, Sang Kenari diikat Kuching City FC di Darul Aman

BACA LAGI: Ulangi final Challenge Cup, Irfan Bakti nasihat Kuching City ikat finalis Piala Asia

Aura Aidil Sharin

Pengendali dari Singapura ini mungkin dilihat sebagai faktor terpenting kebangkitan Kuching City pada musim ini.

Sebagai pengendali yang sudah masak dengan bola sepak Malaysia termasuklah pernah menjuarai Piala FA bersama Kedah, Aidil berjaya menunjukkan kualitinya bersama Kuching City.

452997482_18273445588233453_1516449484494937331_n

Aidil sudah 'masak' dengan bola sepak Malaysia. — Kuching City FC

Pendekatan yang dibawa olehnya berjaya membuatkan Kuching City kembali kompetitif berbanding musim lalu yang dilihat tidak mampu memberi saingan.

Taktikal yang dibawanya serta kredibilitinya sebagai pengendali berjaya mengubah kelab tersebut menjadi pasukan 'pengacau' dalam Liga Super.

Gabungan pemain berkualiti

Selain daripada aura Aidil itu sendiri, Kuching City turut menerima manfaat daripada kualiti pemain yang menyertai mereka musim ini.

Antara yang mencuri tumpuan adalah gandingan Jordan Mintah dengan Tchetche Kipre yang begitu tajam memburu gol buat Kuching City musim ini.

452973516_18273473620233453_8840105104052129616_n

Jordan Mintah cukup tajam untuk Kuching City musim ini. — Kuching City FC

Selain daripada gandingan baik Mintah dan Kipre, Kuching City juga menikmati kualiti daripada Danial Amier dan James Okwousa.

Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu nyata menggunakan peluang beraksi bersama Kuching City dengan menunjukkan kualitnya sebagai pemain tengah.

Sementara bekas orang besi PDRM FC itu menghasilkan impak diharapkan apabila cukup kental di bahagian pertahanan.

Bermain tanpa tekanan

Selain daripada itu, prestasi baik Kuching City boleh dikaitkan dengan kenyataan mereka tidak mempunyai sebarang tekanan untuk beraksi.

Hal ini kerana, Kuching City tidaklah diletakkan sebarang harapan untuk mencabar kelompok atasan liga, apatah lagi cuba meraih kejuaraan.

451286185_1028586112492820_5096007453888060963_n

Kuching City beraksi tanpa tekanan musim ini. — Kuching City FC

Jelas sekali, Aidil menggunakan musim penuh pertamanya bersama The Cats dengan baik. Jika ia berterusan hingga akhir musim, tidak mustahil Kuching City akan mempunyai musim yang boleh diingati oleh penyokong mereka.

Jika musim ini dianggap berjaya, Aidil dan Kuching City boleh mensasarkan sasaran lebih tinggi di musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram