Ejen bintang Perak FC beri amaran kelab Liga Super hati-hati dengan scammer Korea Selatan


  • Podium
  • Ahad, 21 Jul 2024

Seo antara klien yang pernah duduk dibawah agensi Leo semasa beraksi dalam Liga Super pada musim lalu.

EJEN bola sepak Korea Selatan, Leo Jeong mendedahkan bahawa ramai individu dari negaranya sedang melakukan perkara buruk di kancah Liga Malaysia (Liga M).

Leo yang juga mempunyai ramai klien di Liga M menyuarakan kebimbangannya itu dalam media sosial dengan memetik nama dua individu dalam Instagram.

Antara bintang yang duduk di bawah agensi Leo ialah Lee Tae-min yang kini sedang meningkat naik bersama Perak FC.

BACA LAGI: Bukan Esteban Solari, fans JDT rindu Mario Gomez beri peluang ‘rotation’ semua pemain Harimau Selatan

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas sambar graduan Real Madrid, 3 pemain warisan lain mula beri 'hint' ikut JDT

"Saya ada perkara yang ingin diberitahu kepada semua penyokong bola sepak Malaysia.

"Ketika ini, ramai ejen Korea sedang melakukan banyak perkara tidak baik di Malaysia.

"Banyak mangsa dan mereka bukan ejen bola sepak, tetapi mereka menipu jurulatih serta pemain Korea untuk membuat duit.

"Ramai jurulatih dan pemain telah ditipu dengan amaun duit yang banyak.

"Bola sepak Malaysia, jurulatih dan pemain Korea saya harap anda berhati-hati dengan individu bernama Park dan Jung.

"Banyak mangsa telah menghubungi saya, saya bimbang disebabkan perkara ini banyak pemain Korea tidak berminat sertai Liga Super," katanya di Instagram.

Instagram

Tangkap layar Leo Jeong di Instagram.

Untuk rekod, musim ini Leo telah membawa masuk beberapa pemain import dari Korea Selatan yang telah beraksi bersama Perak FC dan Kelantan Darul Naim FC.

Ini bukan pertama kali Leo membawa masuk import dari Korea Selatan dengan ada di antara kliennya pernah menjadi nadi pasukan seperti Seo Seon-ung ketika bersama Perak musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram