'Aidil Sharin kekal badi Kedah'


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Aidil Sharin cukup berbisa untuk Kuching City pada musim ini. — Kuching City FC

KEDAH Darul Aman FC tidak berjaya memastikan mereka merasmikan jersi baharu apabila sekadar seri 1-1 apabila berdepan Kuching City FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada perlawanan Liga Super, Jumaat lalu.

Hal ini kerana, gol daripada Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-61 disamakan oleh penalti Jordan Mintah pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Ini nyata mengecewakan penyokong Kedah yang kempunan mendapatkan tiga mata di halaman sendiri selepas kecewa kalah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada separuh akhir pertama Piala FA.

BACA LAGI: Jersi baharu gagal hasilkan tuah, Sang Kenari diikat Kuching City FC di Darul Aman

BACA LAGI: [VIDEO Lepas hentam botol, Milos 'disekolahkan' Ifwat, dipesan jaga emosi

Berdepan Kuching City yang dianggap sebagai giant-killer pada musim ini, Kedah nyata berdepan masalah untuk meraih kemenangan ke atas kelab Sarawak itu.

Rahsianya adalah terletak kepada pengendalinya iaitu Aidil Sharin Sahak. Menurut salah seorang penyokong iaitu Lazar Fauzanovic, magis Aidil ini boleh diibaratkan seperti badi kepada Kedah.

"Kredit kepada Aidil Shahrin, tiga perlawanan terakhir bertemu Kedah dia tak pernah tewas. Macam aku kata, Aidil tahu untuk upset lawan dan dapatkan keputusan. Sudah boleh jadi specialist lawan Kedah ni," katanya.

Melihat kepada persembahan Kuching City, dia berpendapat mereka adalah pasukan dark horse sebenar yang begitu bahaya untuk mana-mana kelab.

"Aidil effect. Kuching pula musim ni adalah dark horse yang sebenar. Mereka berjaya ubah dari skuad belasahan kepada kelab yang mampu beri saingan dalam kelompok pasukan terbaik. Jadi jangan pandang rendah dengan Kuching City ni," ujarnya.

Walaupun seri bertemu Kuching City, tetapi Lazar mengingatkan penyokong Kedah agar tidak terlalu tinggi meletakkan jangkaan kepada Kedah.

Hal ini kerana, walaupun prestasinya terumbang-ambing, tetapi Kedah masih berada di kelompok atasan Liga Super.

"Macam biasa, penyokong jangan marah sangat. Kekal positif, kita masih lagi di kelompok lima terbaik dalam liga. Banyak kali aku ulang, turunkan expectation anda untuk team Kedah musim ni. Sayanglah pasukan anda seadanya.

"Teruskan menyokong, hadir ke stadium, beli barang original dan terus hasut adik beradik, kawan kawan pi stadium," pesannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram