[VIDEO] Acara pembukaan Beijing 2008 masih dianggap lebih baik berbanding Paris 2024


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 menelan belanja sebanyak RM4.6 bilion. — Agensi

TEMASYA Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis secara rasminya sudah bermula selepas acara pembukaan diadakan.

Ribuan atlet dari pelbagai negara berkumpul bagi bertarung merebut pingat dalam temasya terulung dunia.

Acara pembukaan yang dilakukan untuk temasya kali ini menggunakan pendekatan berbeza penganjur menjadikan hampir keseluruhan Paris sebagai lokasi acara pembukaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak seperti pakaian rasmi, busana perarakan kontinjen Olimpik Malaysia terima pujian melambung

BACA LAGI: [VIDEO] Belum sempat bertanding Olimpik Paris, atlet gaya bebas BMX Australia ‘putih mata’ dirompak

Ia memecah tradisi kebiasaan acara pembukaan Sukan Olimpik yang lazimnya dilakukan dalam stadium sahaja.

Untuk temasya kali ini, atlet dibawa mennaiki kenderaan air merentasi Sungai Siene pada petang sebelum acara malam diadakan di Stade de France.

Walaupun kelihatan meriah dan gah, tapi acara pembukaan itu dianggap tidaklah sehebat temasya sebelum ini - sebagai perbandingan adalah ketika Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Sukan Olimpik 2008 menyaksikan pembukaan gilang gemilang dengan pelbagai persembahan tradisional negara China. Sebagai contoh, terdapat persembahan ketukan dram yang melibatkan 2,008 peserta.

Malah, ia masih dianggap antara acara pembukaan terbaik dalam sejarah Sukan Olimpik moden setanding ketika Sukan Olimpik 2012 di London, United Kingdom.

image_2024-07-27_10-27-27

Kontinjen Ireland ketika acara pembukaan. — Agensi

“Saya rasa ini adalah acara pembukaan Sukan Olimpik terbaik dalam sejarah,” kata akaun bernama I Find This Interesting.

“Kita pergi daripada persembahan dram yang hebat kepada acara lelaki mengejek wanita,” ujar MeghansMole pula.

“Saya masih ingat lagi menonton acara tersebut bertahun yang lalu ketika saya masih kecil. Sememangnya menakjubkan!,” komen Eve Sappiris.

Perbelanjaan untuk acara pembukaan tersebut dilaporkan berjumlah RM4.6 bilion. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram