Paris 2024: Aaron Chia-Wooi Yik, Zii Jia tepati ramalan, mudah raih kemenangan di bumi Perancis


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Aaron Chia dan Wooi Yik akan berdepan beregu dari China bagi menentukan juara dan naib juara Kumpulan A. — Reuters

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan ramai untuk melangkah ke suku akhir temasya Olimpik Paris 2024 selepas mudah menewaskan pasangan ranking No. 32 dunia, Dong Adam-Nyl Yakura dari Kanada pada Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, bekas juara dunia itu menampilkan perlawanan bertenaga apabila menundukkan lawannya menerusi kemenangan straight-set 21-10, 21-15 dalam tempoh 39 minit

Catatan itu sekali gus menyaksikan beregu negara itu meraih kemenangan kedua berturut-turut pada aksi peringkat Kumpulan A.

BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan

WhatsApp Image 2024-07-28 at 5.46.52 PM

Zii Jia meraih kemenangan dalam aksi pembukaan di Olimpik Paris.

Pada Sabtu, bekas juara dunia itu mempamerkan aksi sedikit membimbangkan apabila bergelut untuk mengatasi pasangan No. 18 dunia, Sean Vendy-Ben Lane dari Great Britain dalam pertarungan sengit yang diheret sehingga ke rubber-set 19-21, 21-16, 21-11.

Selepas ini, Aaron-Wooi Yik bakal diuji apabila mereka berdepan beregu No. 1 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam perlawanan terakhir untuk menentukan kedudukan sebagai juara dan naib juara Kumpulan A.

Atas kertas, beregu No. 4 dunia itu mempunyai kemampuan untuk menundukkan gandingan China itu apabila sebelum mereka berdua pernah menewaskan gandingan China itu di Piala Thomas pada Mei lalu.

Sementara itu, perseorangan tunggal lelaki, Lee Zii Jia tidak terlalu berdepan masalah untuk menewaskan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12.

Dia akan berdepan Pablo Abian dari Sepanyol untuk aksi kedua yang bakal berlangsung pada Selasa ini dengan dia dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram