[VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan


  • Podium
  • Isnin, 01 Jul 2024

Pemain badminton Zhang rebah dan meninggal dunia ketika perlawanan menentang Jepun pada Ahad.

PEMAIN badminton China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah semasa perlawanan Kejohanan Remaja Asia 2024 yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad malam.

Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada pukul 11.20 malam.

Sebelum kejadian Zhi Jie dilihat menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.

BACA LAGI: Jangan hampa pulang tangan kosong, skuad badminton ada sasaran lebih besar di Olimpik

BACA LAGI: Simpanan berpuluh tahun lesap, atlet badminton wanita negara jadi mangsa sindiket scam

Berita sedih itu dikongsi menerusi kenyataan bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).

"Pemain perseorangan China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi. Doktor kejohanan dan pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal.

"Dia kemudian dikejarkan ke hospital menerusi ambulans, namun meninggal dunia pada pukul 11.20 malam waktu tempatan semalam (Ahad)," kata kenyataan tersebut.

Badminton Asia, PBSI dan Jawatankuasa Penganjur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA).

"Dunia badminton kehilangan pemain berbakat,” katanya.

Acara berpasukan kejohanan itu bermula pada 28 Jun dan akan diteruskan sehingga 2 Julai.

Selepas acara berpasukan, pertandingan akan diteruskan dengan kategori individu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram