Umum hampir 30 penaja, Kedah sasar peroleh 100 rakan niaga di masa depan


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jul 2024

GTR Burger merupakan salah satu rakan rasmi Kedah pada musim ini. — Kedah Darul Aman FC

KEDAH Darul Aman FC mengumumkan barisan penaja mereka untuk musim 2024/2025 dalam sebuah sidang media khas yang diadakan di Alor Setar pada Jumaat.

Dihadiri oleh pemilik Kedah, Tan Sri Dr Daud Bakar dan pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO), Shahrul Samsudin, mereka mengumumkan hampir 30 penaja buat Sang Kenari.

Dalam majlis ringkas itu, Kedah memperkenal hampir 30 entiti yang menyertai Kedah sebagai rakan rasmi, rakan perniagaan, rakan strategik serta penaja bersama.

BACA LAGI: Dari jauh tetap sokong, fans Kedah semangat beli tiket bantu kewangan kelab

BACA LAGI: Bukan umum penaja RM10 juta, Kedah Darul Aman lantik CEO baharu

Screenshot 2024-07-26 165314

SA Mutiara Deco antara rakan rasmi Kedah musim ini. — Kedah Darul Aman FC

Namun begitu, Daud mengumumkan usaha mendapatkan penaja utama, kedua dan ketiga kelab masih lagi dalam proses untuk memeterai kerjasama.

Antara rakan rasmi Kedah musim ini adalah Xpress Point, SA Mutiara Deco serta GTR Burger yang sebelum ini dikatakan menarik diri daripada kelab itu.

Sementara Kenari Care, Scent Buddy, Urban Mode dan Arena Prestige merupakan antara rakan perniagaan Sang Kenari. Dalam pada itu, SafaWira, Dai G, Wandet antara rakan strategik Kedah.

Bagi penaja bersama pula, Kedah mengikat kerjasama bersama-sama Electrica, Anak Sena dan logo mereka akan muncul di bahagian lengan dan belakang jersi. Sementara ALX pula sebagai pengeluar jersi Kedah bagi musim 2024/2025.

Selepas pengenalan barisan penaja itu, Daud berkata yang usaha mendapatkan lagi penaja masih dijalankan dengan mereka mensasarkan 100 kerjasama diikat bersama pelbagai entiti.

Daud mengatakan yang perniagaan adalah perkara utama di Kedah, sambil memastikan bola sepak terbaik ditonjolkan oleh para pemain di kelab tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram