PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui yang dia gagal memastikan kelab Pantai Timur itu berada dalam keadaan 'sihat' dari segi kewangan.
Sebelum ini, namanya menjadi sebutan ramai akibat kegagalannya menguruskan kewangan Kelantan hingga mereka terpalit dengan isu tunggakan gaji yang kritikal
Malah, Kelantan kini turut tidak beraksi dalam mana-mana saingan selepas tidak mempunyai pemain mencukupi untuk didaftarkan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro rentetan tersingkirnya daripada Liga Super musim lalu.
BACA LAGI: Zamsaham mohon maaf, akui masalah kewangan punca gaji lambat masuk
BACA LAGI: Komen jutawan bukti Vida serius mahu beli Kelantan dari Zamsaham
Menurut Zamsaham, dia mengaku kelab itu mengalami tunggakan gaji selama tiga bulan.
"Ya saya akui saya gagal menjadi pemilik dan terdapat tunggakkan gaji 3 bulan," kata Zamsaham.
Dalam masa yang sama, Zamsaham mengatakan terdapat pihak yang menganggu kerjanya sebagai pemilik hingga Kelantan mengalami masalah.
Dia turut mengakui terdapat politik dalam bola sepak dan berdepan pelbagai halangan untuk memajukan kelab Pantai Timur tersebut.
"Dari awal musim 2023 ada 'pengacau' yg tidak mahu Kelantan lebih maju di tangan saya termasuk sekatan tertentu yang tidak boleh saya nyatakan secara umum.
"Terdapat politik juga di dunia bola sepak," jelas Zamsaham.
Gambar tular menunjukkan Zamsaham kini memulakan perniagaan dikenali sebagai Pizza Hutan.
Zamsaham dilihat 'menghilangkan' diri seketika selepas terdapat pelbagai kontroversi mengenainya bersama Kelantan.
Kini, namanya kembali menjadi sebutan selepas tular gambarnya berniaga di piza dipercayai dekat negeri kelahirannya iaitu Johor.
Zamsaham dilaporkan mempunyai perniagaan dikenali sebagai Pizza Hutan yang menjual piza, nasi beriani dan pelbagai minuman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram