BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui kecewa dengan sesetengah pemain yang tidak begitu komited apabila bersama Harimau Malaya.
Menurutnya, terdapat sesetengah pemain yang dilihat lebih mengutamakan komitmen bersama-sama kelab berbanding negara.
Itulah yang diluarkan oleh Pan-gon selepas meletakkan jawatan mengendalikan skuad Malaysia.
BACA LAGI: Ejen Luqman Hakim bongkar gaji Kim Pan-gon cecah hampir RM200,000, FAM anggap sudah selesai
BACA LAGI: ‘Jurulatih datang dan pergi’, Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Memetik laporan Astro Arena, Pan-gon berkata, dia mengakui gagal untuk menanam rasa kecintaan pemain terhadap negara setiap kali beraksi bersama-sama Harimau Malaya.
"Saya tidak berjaya dalam misi menanam semangat patriotisme dalam kalangan pemain-pemain negara, semangat kenegaraan pemain negara terlalu nipis, mereka tidak meletakkan keutamaan kepada skuad kebangsaan di tempat sepatutnya.
"Bagi saya ini adalah sesuatu yang hilang dan saya rasa tidak berjaya capai, kita perlu fikir kepentingan semangat patriotisme berjuang untuk negara," kata Pan-gon.
Bagi pengendali Korea Selatan itu, dia menanggap para pemain semuanya sudah cukup profesional untuk memahami betapa besarnya komitmen apabila beraksi untuk skuad kebangsaan.
Tetapi apa yang dia peroleh hanyalah kecil. Oleh kerana itu dia mahukan lebih komitmen daripada pemain saat menyarung jersi negara.
Kim Pan-gon
"Saya tidak mahu bercakap banyak kerana mereka pemain profesional, saya hanya mahukan lebih komitmen dalam patriotik dan itu yang saya tekankan, saya rasa kita perlukan lebih perkara itu," jelasnya.
Sebelum ini, dapat dilihat yang Pan-gon terpaksa beraksi tanpa beberapa pemain yang dimahukannya ketika Harimau Malaya beraksi.
Namun begitu, dia cukup profesional untuk memastikan Malaysia kekal memberikan saingan terbaik walaupun tanpa pemain utama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram