Presiden Perlis FA seru peminat terus sokong Harimau Malaya, kepimpinan Hamidin


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

Pemergian Pan-gon sebagai jurulatih Harimau Malaya dianggap sebagai lumrah. — The Star/SHAHRIL ROSLI

PENYOKONG Harimau Malaya diseru untuk terus setia dan teguh bersama-sama pasukan walaupun pengendali Kim Pan-gon sudah tidak bersama lagi.

Itulah yang dikatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Zamri Ibrahim yang mengajak semua penyokong terus bersama skuad kebangsaan walaupun apa yang terjadi.

Menurut Zamri, perletakkan jawatan Pan-gon itu adalah lumrah dalam bola sepak dan apa dilakukan pengendali tersebut bukanlah kerana tindakan mana-mana pihak.

BACA LAGI: Ibarat jambatan sedang terbakar, Hamidin perlu berundur elak FAM 'roboh kehangusan'

BACA LAGI: ‘Jurulatih datang dan pergi’, Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan

"PFA menganggap bahawa peletakan jawatan Pan-gon merupakan perkara biasa dalan era bola sepak professional. Melihat pada pengumuman yang dibuat oleh Pan-gon, jurulatih itu jelas meletak jawatan atas keputusan peribadi iaitu dalam erti kata lain bukanlah dari tekanan mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, PFA berpendapat persetujuan bersama telah pun dipersetujui oleh FAM dan Pan-gon, merujuk kepada tiada tuntutan pampasan antara kedua pihak. Sepertimana sedia maklum, jurulatih tersebut masih berbaki kontraknya sehingga Disember 2025," kata Zamri.

452734136_899118162262014_2939651730593395586_n

Zamri Ibrahim

Dalam masa yang sama, Zamri turut mengajak semua agar menyokong kepimpinan semasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diterajui oleh Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ketika ini, terdapat banyak desakan terhadap Hamidin untuk melepaskan jawatannya terutamanya daripada penyokong.

"Saya sebagai Presiden PFA mengajak semua peminat dan penyokong bola sepak Malaysia untuk terus memberi sokongan terhadap usaha kepimpinan FAM memacu bola sepak negara.

"Sebagai rekod, usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh Datuk Hamidin selaku Presiden FAM dan barisan exconya selama beberapa tahun ini dalam memastikan ranking bola sepak negara melonjak naik seharusnya dipuji dan diakui kejayaannya," ujar Zamri.

Tanggal 16 Julai menyaksikan hubungan antara Pan-gon bersama Harimau Malaya beraksi selepas jurulatih daripada Korea Selatan itu memilih untuk meninggalkan skuad kebangsaan secara serta-merta.

Tempatnya kini diisi sementara oleh Pau Marti untuk sekurang-kurangnya sehingga akhir 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram