PEMERGIAN Kim Pan-gon sebagai jurulatih Malaysia nyata menyedihkan para peminat bola sepak tempatan.
Mana tidaknya, Harimau Malaya menikmati detik bola sepak yang cukup hebat ketika waktunya mengendalikan pasukan dengan Malaysia berjaya layak ke Piala Asia secara merit selepas 42 tahun.
Malah, Pan-gon juga berjaya membawa Malaysia menikmati 20 kemenangan dalam 35 aksi yang dikendalinya.
BACA LAGI: Tanpa surat rasmi, FAM berhak tuntut 17 bulan gaji Pan-gon
BACA LAGI: ‘Jurulatih datang dan pergi’, Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Kim Pan-gon kini tidak bersama Harimau Malaya. — AFC
Melihat kepada kualiti dimilikinya, pastinya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membayar harga yang tinggi untuk khidmat jurulatih Korea Selatan itu.
Dan itu dapat dilihat menerusi pendedahan ejen pemain tempatan, Luqman Hakim Shamsudin, Amin Fuad di laman X. Dalam pendedahan tersebut, Amin mengatakan Pan-gon dibayar hampir RM200 ribu sebulan.
"Gaji KPG sebulan RM185,882.35," kata Amin secara ringkas.
Amin kemudiannya membuat perbandingan yang sebenarnya gaji diterima Pan-gon dengan beberapa jurulatih ulung di Asia Tenggara.
Menurutnya, gaji diterima oleh Shin Tae-yong di Indonesia dan Masatada Ishii bersama skuad kebangsaan Thailand masing-masing berjumlah RM168,000 dan RM129,000 sebulan.
Menurut laporan (anggaran, tak termaduk bonus dan tidak disebut lepas tax atau tidak)
1) Shin Tae Yong (Indonesia) - RM 168 ribu sebulan
2) Park Hang Seo (Vietnam) - RM 233 ribu sebulan
3) Masatada Ishii (Thailand) - RM 129 ribu sebulan https://t.co/zqOQjlPI4p
— Amin Fuad (@aminfuad_10) July 19, 2024
Hanya Park Hang-seo meraih lebih tinggi berbanding Pan-gon dengan bekas jurulatih Vietnam itu memperoleh RM233,000 sebulan.
Majoriti mendapatkan respons daripada FAM dan menurut Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman, pihak memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
Tetapi, Azman mengatakan yang isu berkaitan gaji antara FAM dan Pan-gon sudah selesai.
"Isu (gaji) ini sudah selesai dengan Kim Pan-gon. Untuk isu (nilai) gaji saya tiada komen," kata Noor Azman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram