Suspek guna modal gula-gula cuba culik kanak-kanak di Kulai


  • Tular
  • Rabu, 24 Jul 2024

Penculik menggunakan gula-gula untuk dijadikan modal penculikan kanak-kanak di Kulai.

ISU kanak-kanak hilang serta diculik di negara kita semakin meningkat dan ia amat merisaukan terutamanya ibu bapa.

Kes terkini seperti penculikan Albertine Leo jelas membuatkan ibu bapa berasa risau akan keselamatan anak mereka ketika berada di luar.

Kini, tular pula mengenai modus operandi yang dilakukan oleh penculik untuk memastikan mereka dapat membawa lari kanak-kanak.

BACA LAGI: Kes culik Albertine Leo, polis Johor sahkan hanya 5 tangkapan dibuat

BACA LAGI: Polis buru suspek culik dan lepas 2 kanak-kanak perempuan di Sungai Buloh

WhatsApp Image 2024-07-24 at 14.55.18

Perkongsian penduduk Kulai mengenai insiden kanak-kanak hampir diculik. — Facebook

Di Kulai, kecoh mengenai seorang kanak-kanak yang hampir menjadi mangsa curi namun begitu berjaya diselamatkan.

Menurut maklumat yang tular, penculik tersebut menggunakan modus operandi dengan memberikan gula-gula kepada kanak-kanak yang menjadi sasaran.

"Nyaris diculik. Kejadian di Taman Muhibbah, Saleng, Kulai. Hati-hati mak ayah, kejadian di rumah mereka sedang bermain di luar pada waktu petang. Taktiknya, penjahat beri gula-gula," kata warganet bernama Nurul Abdullah.

Dalam masa yang sama, perkongsian lain menunjukkan yang penculik bergerak menggunakan kereta jenis Honda City untuk memburu mangsa.

Menggunakan nombor pendaftaran PHY 2711, kenderaan mereka itu hampir berjaya ditangkap oleh penduduk setempat namun tidak berhasil.

WhatsApp Image 2024-07-24 at 14.55.51

Kereta Honda City dipandu suspek tidak berjaya ditangkap oleh penduduk setempat. — Facebook

"Tadi berlaku cubaan menculik di Taman Muhibbah, kenderaan bernombor PHY 2711 jenis Honda City berwarna hitam.

"Suspek nak beri gula-gula kepada dua orang kanak-kanak. Ada jiran perasan kejadian itu berlaku, cuba kejar dan dapati wanita berbangsa Cina berbadan sedikit gempal cuba di dalam kenderaan tersebut dan wanita sama ingin berikan gula-gula pada kanak-kanak tadi.

"Mohon ibu bapa pesan kepada anak-anak untuk tunggu dalam peringkat sekolah, Insya-ALLAH kami pun akan berpesan pada anak-anak kalau ibu bapa lambat tunggu dalam sekolah. Kalau tak kenal jangan ikut," pesannya.

Diharap ibu bapa lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan anak mereka dalam keadaan baik dan tidak menjadi mangsa culik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram