Bukan umum penaja RM10 juta, Kedah Darul Aman lantik CEO baharu


  • Podium
  • Ahad, 14 Jul 2024

Daud Bakar (hujung kanan) turut hadir menyaksikan perlawanan di antara Kedah dan Kelantan Darul Naim FC pada Jumaat lalu.

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC), telah melantik Mohamad Faidhi Mohd Rohdzi sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman yang baharu bagi menggantikan Khamal Idris yang meletakkan jawatan pada 1 Februari 2024.

Khamal Idris meletakkan jawatan tersebut selepas menyandang jawatan itu sejak empat tahun lalu.

Mohd Faidhi sebelum itu menjawat jawatan sebagai ketua pemasaran dan program untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di Alor Setar, Kedah.

BACA LAGI: Hanya 300 tiket terjual lawan Kelantan, fans Kedah niat simpan duit untuk JDT

BACA LAGI: Dapat tajaan hampir RM10 juta, institusi perbankan hampir pasti penaja utama Sang Kenari?

Pengalaman selama satu dekad dalam bidang pengurusan dan pemasaran pastinya akan ditagih oleh KDA FC yang ingin mencari dana bagi musim 2024/25.

Menerusi posting di Aafiyat Holdings Sdn Bhd, iaitu syarikat Faidhi berkhidmat, ia berkongsikan ucapan sekalung penghargaan kepada CEO baharu Kedah itu yang akan memulakan tugas pada Ahad.

Sebelum ini, pihak pengurusan Kedah dikhabarkan sudah mendapatkan penajaan bagi musim ini 2024/25 yang hampir bernilai RM10 juta.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam satu kenyataan mengenai makluman Pelancaran Jersi dan Status Perekonomian Kedah baru-baru ini.

Beliau juga sebelum itu pernah memaklumkan bahawa penaja utama perlu menyumbang sekitar RM8 hingga RM10 juta bagi melancarkan perjalanan Sang Kenari.

Namun begitu orang ramai sudah mula bercakap-cakap di dalam media sosial bahawa penaja utama yang akan terpampang di hadapan jersi Kedah ialah sebuah syarikat bank.

Ini tidak pelik jika syarikat bank menjadi penaja utama Kedah memandangkan Liga A1-Semi Pro (Liga M3) juga ditaja oleh sebuah syarikat bank swasta.

Pada masa sama, KDA FC juga dilaporkan bekerjasama dengan ECG Capital Sdn Bhd dengan melancarkan kad keahlian KenariCare yang menawarkan pelbagai manfaat istimewa untuk penyokong dan peminat setia pasukan bola sepak KDA FC.

Pengenalan KenariCare juga merupakan sebahagian inisiatif untuk menyediakan platform kepada penyokong dan peminat setia bersama-sama terlibat dalam kesinambungan pembangunan pasukan KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram