SKUAD memanah negara memulakan kempen dalam temasya Olimpik dengan sedikit sukar selepas hanya berada di kedudukan ke-10 daripada 12 bagi kategori berkumpulan wanita.
Kedudukan itu diputuskan selepas ketiga-tiga atlet iaitu Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania dan Nurul Azreena Mohamad Fazil mengumpul 1918 mata secara keseluruhan.
Kutipan mata tersebut menyaksikan mereka hanya berada di hadapan Britian dan Belanda yang mengumpul 1,912 dan 1,897 mata di Les Invalides, Paris, Perancis.
BACA LAGI: FIFA 'sabotaj' usul Palestin gantung Israel, tetap dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik
BACA LAGI: Jangan terlepas acara lagi', peminat anggap jumlah pegawai Olimpik ke Paris munasabah
Mereka bakal berdepan Indonesia yang berada di kedudukan ketujuh selepas pusingan seeding dengan pertembungan di pusingan 1/8 penyingkiran akan berlangsung pada Ahad.
Dalam pusingan awal yang diadakan pada Khamis, Syaqiera menamatkan saingan kedudukan ke-14 daripada 64 peserta selepas meraih 663 mata secara keseluruhan.
Dia diikuti Ariana yang berada di tangga ke-50 sementara Nurul Azreena menuduki kedudukan ke-60 dengan ia merupakan penampilan pertama mereka dalam temasya berkenaan.
Wakil Asia, Korea Selatan membuktikan cengkaman mereka dalam sukan tersebut apabila berada di tangga teratas setelah meraih 2,046 mata dengan ia merupakan rekod Olimpik negara berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram