Tak minat balik Hong Kong, KPG teliti 'proposal' Ulsan HD


  • Podium
  • Isnin, 22 Jul 2024

Pan-gon dalam fasa meneliti keseluruhan keperluan sebelum diumumkan secara rasmi bersama kelab Liga Juara-juara Asia, Ulsan HD.

TERDAPAT banyak perbezaan di antara membimbing sebuah pasukan kebangsaan meskipun berdepan rintangan menguji kemampuan besar berbanding membawa cabaran kelab bola sepak.

Namun, tiada apa yang mampu menafikan impian bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon, yang mahu memimpin salah satu kelab di liga terbesar Korea Selatan.

Menurut laporan Astro Arena, pengurus berusia 55 tahun itu kini dalam fasa meneliti keseluruhan keperluan sebelum diumumkan secara rasmi bersama kelab Liga Juara-juara Asia, Ulsan HD.

BACA LAGI: 'Saya masih tertanya-tanya kenapa Brendan tinggalkan Selangor?'

BACA LAGI: 'Jangan terlepas acara lagi', peminat anggap jumlah pegawai Olimpik ke Paris munasabah

Penekanan paling penting yang dititikberatkan ialah kemampuan untuk melakukan keputusan secara bersama selain ia kriteria utama sebelum menyertai pasukan pilihannya.

"Saya merupakan salah seorang calon untuk menjawat jawatan tersebut sambil saya ingin melihat terlebih dahulu berkenaan prestasi pasukan selain saya mahu mendapatkan kuasa penuh dan memerlukan sokongan untuk mengetuai jentera pasukan," katanya.

Difahamkan, Pan-gon turut menerima tawaran di posisi ketua jurulatih Hong Kong menggantikan Jorn Andersen, namun tidak berminat untuk pulang kali ketiga di Hong Kong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram