FIFA 'sabotaj' usul Palestin gantung Israel, tetap dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Israel layak ke acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik buat pertama kali sejak 1976. — Agensi

HAJAT Palestin untuk menggantung Israel daripada dunia bola sepak memerlukan sedikit masa lagi untuk mengetahui keputusannya.

Hal ini kerana, usul yang dibawa mereka kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memerlukan sedikit masa lagi sebelum ia diputuskan sama ada Israel digantung atau tidak.

Sebelum ini, Palestin menghantar usul kepada FIFA untuk menggantung Israel daripada sebarang aktiviti bola sepak antarabangsa disebabkan tindakan mereka menlancarkan aktiviti ketenteraan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023.

BACA LAGI: Mahkamah tertinggi PBB akhirnya tak iktiraf pendudukan Israel selama 57 tahun di wilayah Palestin

BACA LAGI: [VIDEO] Serang pengawal keselamatan dengan kapak, wanita Israel bunuh anak lelaki 6 tahun dicekup

FIFA kemudiannya memilih untuk mengangguhkan keputusan sama ada Israel akan digantung atau tidak sehingga Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis selesai diadakan.

"Berikutan permintaan lanjutan masa daripada kedua-dua pihak untuk menyerahkan pendirian masing-masing oleh FIFA, lebih banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan proses ini dengan teliti dan lengkap.

"Penilaian akan dikongsikan kepada Majlis FIFA dan apa-apa keputusan akan diambil tidak lewat daripada 31 Ogos 2024," kata FIFA dalam kenyataan mereka.

Hasil daripada keputusan FIFA itu, Israel dibenarkan untuk beraksi dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik dan ia nyata mengecewakan Palestin.

Israel diundi dalam kumpulan D bagi acara bola sepak kategori lelaki bersama-sama Mali, Paraguay dan Jepun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram