PERLAWANAN antara Argentina menentang Maghribi dalam aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik Paris 2024 pada Rabu penuh dengan insiden huru-hara dan sarat dengan kontroversi.
Argentina yang hadir sebagai pasukan gergasi dari Amerika Selatan terpaksa akur tewas 1-2 di tangan skuad bukan pilihan, Maghribi dalam perlawanan di Stadium Geoffroy-Guichard dekat Saint-Etienne, Perancis.
Soufiane Rahimi menjaringkan dua gol untuk Maghribi, dengan yang kedua menerusi penalti pada awal babak kedua sebelum Giuliano Simeone merapatkan jurang pada minit ke-68 buat pemenang pingat emas 2004 dan 2008 itu.
BACA LAGI: 'Saya masih tertanya-tanya kenapa Brendan tinggalkan Selangor?'
BACA LAGI: Selain Danish Hakim, 3 lagi tragedi penyokong meninggal di stadium ketika aksi Liga Malaysia
Pada awalnya, pasukan kendalian Javier Mascherano dilihat boleh mengatasi Maghribi namun gol penyamaan minit ke-116 menerusi Cristian Medina dibatalkan oleh pengadil susulan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mengatakan ia adalah ofsaid.
Sebelum gol dari Medina itu dinafikan, suasana di Geoffroy-Guichard bertukar huru-hara apabila peminat mula melemparkan mercun dan memasuki padang menyebabkan aksi dramatik tersebut terpaksa ditunda kira-kira dua jam.
Rusuhan berkenaan difahamkan bermula angkara ketidakpuashatian penyokong Maghribi dengan keputusan pengadil memberikan masa tambahan yang terlalu lama sehingga membri ruang kepada Medina mencetak gol lewat babak kecederaan itu.
Keputusan yang akhirnya tidak menyebelahi kepada Argentina itu menimbulkan kemarahan Macherano sehingga tular video jurulatih berusia 40 tahun tersebut mengamuk dengan wartawan selepas perlawanan.
Olympics
Breaking - The first scandal of the Paris Summer Olympics is a fact.
The game between Morocco & Argentina has been suspended after angry Moroccan fans stormed the pitch and the crowd threw firecrackers at the Argentine players after their equalizing goal
YOU THINK... pic.twitter.com/UuwhXjegDc
— Abhay (@AstuteGaba) July 24, 2024
Macherano juga menyifatkan skuad Argentina mendapat layanan buruk apabila rumah penginapan pemain pemain Argentina telah dipecah masuk dan barang milik Thiago Almada hilang dicuri.
"Semalam (Selasa) mereka mencuri jam tangan, cincin... semuanya daripada kami semasa latihan. Mereka mahukan kami menyertakan bukti kukuh untuk semua perkara untuk menyokong aduan kami.
"Hari ini, ada penyokong menceroboh masuk ke dalam padang, ada yang membaling suar kepada kami. Bagaimana mereka boleh menangguhkan perlawanan hanya kerana orang Maghribi menceroboh ke padang.
“Mereka [jawatankuasa] telah memberitahu kami bahawa perlawanan ini berakhir dengan kedudukan 2-2. Pasukan Maghribi sendiri pun tidak mahu meneruskan permainan ini," kongsinya memetik video dari wartawan luar negara di
Dalam pada itu, pengurusan Olimpik Paris juga terus mendapat krtikan apabila barang milik pasukan berbasikal Australia juga dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram