[VIDEO] Jurulatih China dedah kelemahan Zii Jia, mudah ‘down’ jika ketinggalan


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

Zii Jia telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan Masters Thailand dan Terbuka Australia selain muncul naib juara Masters Malaysia.

BELUM mula Sukan Olimpik Paris 2024 lagi, jurulatih badminton China, Sun Jun, mencetuskan polemik apabila bertindak berikutan meremehkan keupayaan perseorangan negara, Lee Zii Jia.

Memetik laporan Stadium Astro, Sun Jun mendedahkan kelemahan utama pemain kelahiran Kedah itu adalah dalam aspek mental sebaik ketinggalan jatuh.

Sun malah meragui tahap kesungguhannya dan secara tidak langsung meremehkannya dalam misi merebut pingat emas pertama temasya di Perancis yang bermula hujung minggu ini.

Pandangan jurulatih Tembok Besar itu diluahkan ketika kejohanan Piala Thomas sebelum disiarkan dalam satu dokumentari CCTV.

BACA LAGI: 'Jangan terlepas acara lagi', peminat anggap jumlah pegawai Olimpik ke Paris munasabah

BACA LAGI: Dianggap underdog di Olimpik 2024 Paris, trio memanah wanita negara idam kejutkan juara bertahan

Rakaman itu dibuat sebelum perlawanan Zii Jia menentang Shi Yu Qi dalam kejohanan Piala Thomas yang menyaksikan keputusan tidak berpihak kepada wakil perseorangan negara itu.

"Lee (Zii Jia) tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan untuk menewaskannya adalah pihak lawan perlu mendahului semasa perlawanan.

"Lee akan mengalah dalam perlawanan itu tanpa sebarang usaha daripada pihak lawannya," kata jurulatih China itu.

Namun, berdasarkan kejohanan terakhir, Zii Jia menunjukkan perkembangan memberangsangkan Masters Thailand dan Terbuka Australia selain muncul naib juara Masters Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram