Gol awal, penalti Jefri sudah cukup bantu Sabah tamatkan kemarau kemenangan


  • Podium
  • Khamis, 25 Jul 2024

Jaringan Daniel Ting (tengah) sudah cukup untuk memberikan kelebihan buat skuad Sang Badak di laman sendiri. — Facebook/Sabah FC

AKSI kurang bertenaga dipamerkan kedua-dua pasukan dalam pertembungan Liga Super antara Sabah FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, Sabah pada Khamis.

Meskipun skuad Sang Badak mendahului menerusi gol Daniel Ting pada minit ke-14, rentak sedikit perlahan ditampilkan selepas jaringan itu tercipta.

Hantaran yang kurang tepat dan kegagalan untuk memanfaatkan setiap pulang terhidang menyaksikan perlawanan itu kekal dengan keputusan 1-0 setakat ini.

BACA LAGI: Ejen bintang Perak FC beri amaran kelab Liga Super hati-hati dengan scammer Korea Selatan

BACA LAGI: Selangor terlepas, Ramon Machado kembali ke Liga Azerbaijan

452973244_886796893487003_8146505834300679240_n

Kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC cukup menggembirakan buat skuad Sang Badak.

Meskipun terdapat sedikit debaran dengan dua permintaan sepakan penalti, ia masih belum cukup untuk menjadikan perlawanan tersebut hangat seperti mana aksi Liga Super yang lain.

Bagaimanapun, suasana berbeza disaksikan pada babak kedua selepas kedua-dua pasukan menggandakan asakan terhadap gawang lawan masing-masing.

Perubahan pemain yang dilakukan menyaksikan serangan dapat dilancarkan dengan lebih baik, terutamanya buat skuad Jang dengan kemasukan beberapa wajah baharu.

Namun, nasib lebih berpihak kepada tuan rumah selepas pemain Negeri Sembilan FC, Noorfiqrie Talib dilayangkan kad merah berikutan kekasaran dibuat ke atas Azhad Harraz.

Kekurangan pemain jelas memberi kesan buat anak-anak buah Azzmi Aziz selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Sabah FC pada minit ke-80.

Tendangan itu kemudiannya disempurnakan Jafri Firdaus Chew untuk memastikan kedudukan 2-0 berpihak kepada skuad Sang Badak di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan tersebut kekal dengan skuad Sang Badak meraih kemenangan yang meletakkan mereka di tangga kedua Liga Super sementara Negeri Sembilan FC kekal di kedudukan tercorot. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram