'Pejabat AFC di Malaysia', warganet Indonesia yakin Liga Super dan MFL tak akan dihalang beraksi di Asia


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

KL City mendapat pelesenan kelab bagi musim 2024/25, pada ketika ia dilaporkan masih memiliki tunggakan KWSP sejak Februari 2023. — Gambar hiasan

ARENA bola sepak Malaysia seolah-olah berada di ambang maut apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa badan induk berkenaan akan membuka siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Memetik laporan media tempatan menyatakan bahawa Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata, pihaknya akan menyiasat berhubung proses pemberian lesen kepada kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) yang tidak mengikut syarat yang betul.

Seandainya pelanggaran syarat pelesenan kelab berlaku, FAM dan MFL berdepan risiko lesen liga dari AFC ditarik balik dan akan membawa tamparan yang lebih hebat iaitu menyaksikan senario tiada wakil Malaysia layak beraksi di pentas Asia.

BACA LAGI: Lupakan Ivan Mamut, tiba masa Pahang, Penang, KL City percayakan 'striker' lokal

BACA LAGI: Belum semusim dipasang, VAR dah buat Kedah, Perak, Sabah berputih mata

Isu gaji dalam saingan Liga M udah mula mendapat perhatian AFC dan Jabatan Pelesenan Kelab AFC kali ini membuka kertas siasatan drastik dengan tujuan untuk melakukan penilaian semula susulan beberapa kelab yang tidak menepati syarat pelesenan kelab masih diberikan peluang untuk mendapatkannya.

Kekeliruan mula timbul apabila pasukan Kuala Lumpur (Kl) City FC mendapat pelesenan kelab bagi musim 2024/25, pada ketika mereka dilaporkan masih memiliki tunggakan bayaran KWSP sejak Februari 2023 membabitkan jumlah keseluruhan hampir RM719,000.

Berita kurang enak yang singgah di kancah bola sepak tempatan itu bukan sahaja menarik perhatian penyokong domestik kerana peminat dari negara serantau terutamanya Indonesia juga turut berminat dengan isu menimpa badan induk bola sepak Malaysia tersebut.

Menyoroti satu persatu komen yang dilemparkan para penyokon negara jiran, rata-rata mereka yakin bahawa FAM dan MFL tidak akan menerima layanan buruk dari AFC lagi-lagi jika dilihat hubungan baik antara badan induk berkenaan dengan dua organisasi tersebut.

ISI DALAM

Setiausah Agung AFC, Datuk Seri Windsor John.

Bukan itu sahaja, ada juga penyokong Indonesia sempat bergurau bahawa lokasi ibu pejabat AFC yang berada di Bukit Jalil, Kuala Lumpur turut menjadi faktor hukuman tidak akan beraksi di Asia itu akan dilupakan.

"AFC ada pejabat di Malaysia, kita lihat sejauh mana ketegasan AFC terhadap kelab di Malaysia," kata penyokong Indonesia, Tguh Maleeq Kurniawan.

"AFC tidak akan berani sentuh Malaysia. Sudah berapa tahun masalah gaji ini berlaku tetapi tidak ada juga yang berani memberi hukuman," komen penyokong Indonesia, Geubrina Gaby.

Malaysia sudah lama menjadi hab buat bola sepak Asia dan juga Asia Tenggara dengan tanah air dipilih sebagai lokasi ideal untuk membina ibu pejabat mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram