Isu Liga M mungkin digantung AFC, FAM sedia beri keterangan terbuka


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

Kekeliruan mula timbul apabila pasukan Kl City FC mendapat pelesenan kelab bagi musim 2024/25.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung dakwaan perlanggaran maklumat yang berlaku musim ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya bersedia untuk menyerahkan keterangan secara terbuka.

"Kita menerima saranan yang baik daripada pihak AFC dan sentiasa memberi kerjasama bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menyerahkan keterangan secara terbuka," katanya memetik laporan Stadium Astro pada Rabu.

BACA LAGI: Lupakan Ivan Mamut, tiba masa Pahang, Penang, KL City percayakan 'striker' lokal

BACA LAGI: Belum semusim dipasang, VAR dah buat Kedah, Perak, Sabah berputih mata

fam2

Noor Azman Rahman

Isu gaji dalam saingan Liga M udah mula mendapat perhatian AFC dan Jabatan Pelesenan Kelab AFC kali ini membuka kertas siasatan drastik dengan tujuan untuk melakukan penilaian semula susulan beberapa kelab yang tidak menepati syarat pelesenan kelab masih diberikan peluang untuk mendapatkannya.

Kekeliruan mula timbul apabila pasukan Kuala Lumpur (Kl) City FC mendapat pelesenan kelab bagi musim 2024/25, pada ketika mereka dilaporkan masih memiliki tunggakan bayaran KWSP sejak Februari 2023 membabitkan jumlah keseluruhan hampir RM719,000.

Berita kurang enak yang singgah di kancah bola sepak tempatan itu bukan sahaja menarik perhatian penyokong domestik kerana peminat dari negara serantau terutamanya Indonesia juga turut berminat dengan isu menimpa badan induk bola sepak Malaysia tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram