Penyokong setia Perak FC meninggal dunia


  • Podium
  • Isnin, 22 Jul 2024

Allahyarhamah Shazmeen mengambil peranan serta tugas penting untuk mengendalikan laman SSFC.

SEORANG penyokong setia Perak FC, Nur Shazmeen Sofea, 30, telah meninggal dunia pada Ahad dan telah selamat dikebumikan.

Allahyarhamah ialah salah seorang individu kuat yang berada d ibelakang tadbir laman Facebook penyokong Perak, Silverstates Supporters Fan Club (SSFC) yang cukup dikenali dalam kalangan pemain ke-12 pasukan itu.

Menurut laman penyokong kelab itu, selain dikenali dengan perwatakan yang sangat ceria, Shazmeen atau lebih mesra dengan nama Fea SSFC dalam kalangan rakan-rakan, juga memainkan peranan serta tugas penting untuk mengendalikan laman SSFC.

BACA LAGI: Selain Danish Hakim, 3 lagi tragedi penyokong meninggal di stadium ketika aksi Liga Malaysia

BACA LAGI: Ejen bintang Perak FC beri amaran kelab Liga Super hati-hati dengan scammer Korea Selatan

Menerusi hantaran SSFC, Shazmeen antara individu yang bersemangat untuk menjayakan laman penyokong Perak itu bagi memberikan info terbaharu buat peminat The Bos Gaurus.

"Admin masih ingat lebih kurang dalam empat atau lima orang yang usahakan page ini dan masing-masing mengambil peranan serta tugas yang dibagi.

"Logo page ini admin yang edit dan dipersetujui semua admin.

"Nur Shazmeen Sofea atau lebih dikenali Fea SSFC merupakan seorang admin yang sangat ceria dan bersemangat menjayakan page ini.

"Kehilangan beliau amatlah terasa untuk seluruh warga SSFC," katanya.

Untuk rekod, laman Facebook Silverstates Supporters Fan antara salah satu platform buat penyokong Perak untuk mengetahui info semasa pasukan.

Selain daripada itu, SSFC turut gemar mengulas tentang isu dalaman atau prestasi semasa pasukan bersama penyokong untuk mendapatkan pandangan masing-masing mengenai kelab yang dicintai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram