DESAS-DESUS kepulangan Brendan Gan ke pangkuan Selangor FC semakin banyak diperkatakan dalam media sosial.
Ditambah lagi dengan masalah tunggakan gaji yang berlaku dalam kem Kuala Lumpur City FC (KL City) memberi peluang buat Gergasi Merah untuk merekrut semula bekas kapten mereka musim lalu.
Bukan itu sahaja menerusi perkongsian laman Instagram, Selangorfans_official, Gergasi Merah akan diperkuatkan dengan empat pemain tempatan baharu menjelang jendela perpidahan kedua Liga Super bulan depan.
BACA LAGI: Brendan Gan, Kobe Jae Chong antara 5 nama dicanang perkuat Gergasi Merah bulan depan
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas sambar graduan Real Madrid, 3 pemain warisan lain mula beri 'hint' ikut JDT
Namun itu bukanlah pertama kali terjadi dalam Liga Malaysia yang mana pemain pernah kembali ke pangkuan bekas kelab selepas meninggalkan pasukan yang pernah diwakili mereka.
Selain Brendan yang dikhabarkan kembali ke Selangor, Majoriti senaraikan tiga pemain yang kembali ke Liga M bersama bekas pasukan:
1. Diogo Luis Santo (JDT)
Diogo Luis Santo, pemain yang tetap konsisten walaupun baru sertai Johor Darul Takzim (JDT) semula pada awal musim lalu.
Diogo menyertai JDT selepas menamatkan kontrak bersama BG Pathum United selepas tidak mendapat peluang beraksi secara konsisten.
Sebelum menyertai BG Pathum, Buriram United merupakan pasukan yang paling lama pernah diwakili Diogo sebelum berhijrah ke skuad Harimau Selatan pada 2019.
Meskipun sudah berusia, pengalaman dan ketenangan Diogo di hadapan gawang gol lawan masih lagi berbisa apabila dia berjaya menjaringkan tujuh gol dan empat bantuan gol dalam sembilan perlawanan Liga Super 2023.
Diogo pertama kali menyertai JDT pada 2019 sebelum meninggalkan Harimau Selatan pada 2020 dengan menyertai BG Pathum United.
2. Dickson Nwakaeme (Sri Pahang)
Sebut sahaja 'Orang Besi', penyokong Sri Pahang FC pastinya terarah kepada seorang pemain bertubuh sasa iaitu Dickson Nwakaeme.
Mula mencipta nama bersama Kelantan FC pada 2013 selepas meninggalkan kelab Vietnam, SLNA FC, Dickson tidak menunggu lama untuk menambat hati penyokong The Red Warriros (TRW) dengan menjaringkan lima gol dalam 11 penampilan.
Musim cemerlangnya bersama Kelantan berjaya menarik minat skuad Tok Gajah untuk menandatangani pada musim 2014.
Ternyata pembelian skuad Tok Gajah itu berbaloi apabila dia berjaya menghasilkan 14 dalam 39 penampilan dalam semua kejohanan domestik dan antarabangsa.
Selepas beraksi dengan baik dengan Sri Pahang, kelab Perancis, Angers SCO tertarik untuk membawa pemain kelahiran Nigeria itu ke Liga Perancis.
Namun dia kembali semula ke Pahang pada 2019 selepas dilepaskan oleh Angers SCO dan membuat keputusan untuk bersara di pasukan yang terletak dalam Pantai Timur.
3. Mohamad Ghaddar (TRW Kelantan)
Jika Sri Pahang mempunyai Dickson Nwakaeme, TRW Kelantan pula mempunyai penyerang import berbisa dari Lubnan iaitu Mohamad Ghaddar.
Pernah beraksi bersama Felda United, Kelantan FC dan JDT dalam Liga Malaysia, kehebatan Ghaddar di hadapan gawang gol pastinya tidak akan dilupakan oleh penyokong.
Menyertai Kelantan pada 2013, Ghaddar menikmati zaman kegemilangannya bersama The Red Warriros (TRW) sehingga 2015 sebelum kembali beraksi ke Liga Lubnan.
Walaupun meninggalkan Kelantan pada 2015, Ghaddar kembali menceriakan semula penyokong TRW pada 2017 apabila menjaringkan 18 gol dalam 11 penampilan.
Namun begitu, JDT mengorak langkah menandatangani Ghaddar selepas dia mempamerkan aksi terbaik bersama Kelantan.
Bersama JDT, Ghaddar menjaringkan lima gol dalam sembilan penampilan sebelum pulang ke Kelantan buat kali yang ketiga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram