Dianggap underdog di Olimpik 2024 Paris, trio memanah wanita negara idam kejutkan juara bertahan


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Pasukan memanah wanita negara enggan meletakkan sasaran tinggi dalam acara berpasukan recurve tersebut.

SKUAD wanita negara mengintai kejutan dalam acara memanah berpasukan recurve di Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Pastinya trio negara yang dibarisi oleh oleh Syaqiera Mashayikh, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Ariana Nur Dania Mohamad Zairi mahu memberikan aksi terbaik ketika menggalas cabaran dalam Sukan Olimpik.

Dengan sandaran diletakkan kepada atlet muda negara, Ariana yang baru berusia 19 tahun itu, dia tetap merendah diri apabila enggan meletakkan sebarang sasaran yang tinggi.

BACA LAGI: Skuad boling remaja wanita negara cipta sejarah di Korea

BACA LAGI: 'Buat apa nak malu?' fans Sabah syukur SAFA terima bantuan TMJ

“Saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan tidak mahu meletak harapan yang tinggi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Ariana yang akan membuat penampilan sulung dalam temasya berpestij itu berkata, program intensif selama dua minggu yang diadakan di Korea Selatan sebelum ini nyata memberikan hasil dan pastinya menjadi dorongan untuk meraih keputusan positif di Paris nanti.

Ditanya mengenai pencabar terdekat pasukan negara, Ariana berkata, pasukan Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat antara pesaing terdekat trio tersebut.

“Bagi saya, antara pencabar utama kami ialah Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat.

“Insya-ALLAH kalau ada rezeki kami mahu lawan Korea Selatan,” kongsinya.

WhatsApp Image 2024-07-19 at 19.53.59

Trio memanah negara melakar sejarah menjadi pasukan wanita pertama beraksi di temasya Olimpik.

Pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2021, pasukan wanita memanah Korea Selatan membolot pingat emas dalam acara tersebut.

Tentunya dengan kemaraan dua lagi rakan sepasukannya iaitu Azreena dan Syaqiera ke Paris kali ini menyemarakkan lagi perjuangan sekaligus menambah peluang kem negara membuat impak untuk sekurang-kurangnya meraih pingat.

Trio negara berangkat ke Perancis pukul 9 malam Jumaat, menyaksikan memanah antara sukan yang memulakan saingan lebih awal, iaitu sehari sebelum upacara perasmian temasya edisi ke-33 dijadual 26 Julai ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram