[VIDEO] Muak dengan aksi Ronnie Fernandez, fans Selangor desak Gergasi Merah panggil semula import pinjaman


  • Podium
  • Isnin, 15 Jul 2024

Penyokong Selangor mendesak Ronnie (kanan) agar direhatkan oleh barisan kejurulatihan Gergasi Merah.

DERBI Lembah Klang menjadi milik Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas berhempas pulas menewaskan Selangor FC dalam perlawanan minggu kelima Liga Super pada Ahad (14 Julai).

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu berakhir memihak tuan rumah dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Jovan Motika.

Jaringan Motika itu sekali gus meranapkan impian anak-anak buah Nidzam Jamil untuk merekodkan kemenangan keempat Liga Super selepas cemerlang layak ke pusingan separuh akhir Piala FA minggu lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Cifu antara 3 bintang 'terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau' musim ini

BACA LAGI: Penyerang 'free agent' Jordan, peluang ikut jejak langkah Reziq, Rawabdeh?

Dalam perlawanan itu, Selangor menaruhkan ramai pemain muda untuk menewaskan pasukan yang mengalami masalah tunggakan gaji dengan mengharapkan Ronnie Fernandez sebagai peledak utama.

Cuma, aksi Ronnie dalam derbi Lembah Klang itu mendapat kritikan daripada penyokong Selangor kerana tidak berjaya menghasilkan sebarang jaringan.

Malah pemain ke-12 Gergasi Merah itu mahu pihak pengurusan membawa pulang pemain import pinjaman, Hein Htet Aung bagi membantu barisan serangan pasukan.

"Nombor sembilan masalah, harap jendela perpindahan kedua dapat cari penyerang yang betul-betul nak main Asia," kata Kurt Muhd Akif.

"Dah banyak perlawanan Roni (Ronnie Fernandez) tak membantu tapi tetap dikekalkan, pemain lain bermatian tapi kalau penyudah buat tak nampak bola sampai ke sudah susah nak buat gol," jelas Eiqa Anuar.

"Selangor FC, tolong rehatkan Ronnie Fernandez, ada tak menambah, tak ada tak mengurangkan, bagi Reziq (Bani Hani) main penuh dan panggil semula Hein Htet Aung," luah Asri Alex Yusak.

Selepas kekalahan pertama Selangor dalam Liga Super, Gergasi Merah kini menduduki tangga kedua liga dengan sembilan mata di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram