Kelab Kuwait kena 'scam', disangka menang lawan pasukan pro Mesir rupanya amatur


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Kazma SC tertipu selepas gembira membelasah pasukan Mesir, Telephonat Beni Suef 7-1 dalam aksi persahabatan. — X/Kazma SC

SEBUAH kelab Kuwait tertipu selepas mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Mesir pada Khamis.

Kelab Liga Perdana Kuwait yang dikenali sebagai Kazma itu pada mulanya gembira apabila berjaya memenangi perlawanan persahabatan menentang Telephonat Beni Suef dengan keputusan 7-1.

Namun begitu, mereka kemudiannya kecewa apabila mendapat lawan yang dihadapi mereka itu sebenarnya bukannya pemain profesional.

BACA LAGI: FIFA 'sabotaj' usul Palestin gantung Israel, tetap dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik

BACA LAGI: Semata-mata mahu cantas Real Madrid, Man United sanggup labur RM253 juta ikat bek 18 tahun

Laporan media di Mesir mendapati yang Kazma sebenarnya menentang sekumpulan pemain amatur dan mereka tidak ada kena mengena dengan Telephonat Beni Suef.

Semua ini berpunca daripada kesilapan penganjur perlawanan, Star Maker Football Company persahabatan tersebut yang menyangka para pemain tersebut merupakan skuad kelab yang beraksi dalam liga divisyen tiga Mesir.

"Malangnya, pihak syarikat tertipu dengan wakil dari kelab Telephonat Beni Suef yang kemudiannya tidak mempunyai kaitan dengan kelab tersebut.

"Dia juga secara palsu mengaku mewakili pasukan Telephonat Beni Suef," kata penganjur tersebut dalam kenyataanya.

Mengetahui perkara tersebut, Telephonat Beni Suef secara terbuka mengaku tidak tahu menahu mengenai perlawanan tersebut dan penafian itu mencetuskan 'perang' di media sosial.

Persatuan Bola Sepak Mesir dan Kuwait kemudiannya bekerjasama melakukan siasatan berkenaan insiden tersebut.

Mereka kemudiannya sepakat untuk tidak membenarkan mana-mana pasukan melakukan aksi persahabatan dengan kelab luar tanpa kebenaran. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram