[VIDEO] Duo Aidil-Aizat julang Piala Dunia, ultras Malaysia punca tekong Thailand 'koyak' terduduk di Titiwangsa


  • Podium
  • Rabu, 22 Mei 2024

Skuad negara muncul juara acara double dalam perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

LAUNGAN 'Oh Malaysiaku Kita Pasti Menang' bergema di Stadium Titiwangsa selepas skuad double negara dinobatkan juara dalam pusingan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Rabu.

Bagi acara double, skuad negara yang dibarisi gandingan hebat Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin berjaya mengenepikan cabaran kelab gergasi Asia, Thailand di pentas akhir Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pembukaan set pertama menyaksikan double Thailand kerap melakukan kesilapan sehingga membenarkan Malaysia mendapat mata percuma menerusi servis.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

Thailand bagaimanapun bangkit merapatkan kedudukan dengan mengikat Malaysia 16-16.

Enggan mengecewakan penyokong yang hadir, skuad double negara berjaya meraih kemenangan pada set pertama dengan keputusan 17-16.

Bersambung set kedua pula, kedua-dua pasukan saling memberikan saingan yang akhirnya membawa kepada kedudukan 14-13.

Namun, dengan semangat juang yang tinggi dipamerkan double negara, Malaysia akhirnya meraih kemenangan dengan keputusan 15-14.

Terdahulu, skuad double negara tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan akhir selepas menundukkan Myanmar dengan keputusan 2-0 di peringkat semifinal pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram