Remaja perempuan asal Kedah hilang sejak 5 hari, 'trace' iPhone kali terakhir dikesan di Johor Bahru


  • Tular
  • Isnin, 22 Jul 2024

Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dari kediamannya di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah sejak Khamis lalu.

SEORANG remaja perempuan, Dhania Maisara Muhammad Suhairi dilaporkan hilang selepas kali terakhir keluar makan bersama rakannya pada Khamis lalu.

Mangsa yang berusia 13 tahun itu berasal dari Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah dan difahamkan tidak pulang ke kediamannya sejak dari hari kejadian.

Menurut bapanya, Muhammad Suhairi, 45, anaknya keluar makan bersama rakan dikenali sebagai Intan, 16, yang baru sahaja dikenalinya sebulan lalu.

BACA LAGI: Kanak-kanak hilang, pemilik kafe tawar RM10,000 jika dapat kesan Leo Jia Hui

BACA LAGI: Kanak-kanak 6 tahun hilang ketika hadiri sambutan Bon Odori di Johor

Jelasnya, pada hari kejadian, dia terlebih dahulu menerima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan untuk membawa Dhania keluar makan bersama.

Namun, sebaik soal selidik dilakukan, Muhammad Suhairi menyedari bahawa individu tersebut bukanlah ibu Intan seperti yang didakwa sebalik dipercayai remaja yang memperkenalkan dirinya sebagai Intan.

6120801938875465221

Dhania Maisara dilaporkan hilang sejak Khamis lalu di kediamannya dekat Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah.

"Saya tunggu Dhania pulang sampai keesokan hari namun dia masih tiada di rumah, jadi saya terus ke rumah Intan dan bertanya ibu bapa keberadaan mereka.

"Rupa-rupanya mereka juga tak tahu yang anak dia bawa Dhania keluar dan pesanan mesej itu rupanya palsu, Intan sebenarnya yang hantar mesej itu.

"Mereka bukan kawan rapat dan kedua-duanya sekolah berlainan, baru kenal sebulan lalu saya rasa cuma Intan memang tinggal di kawasan sekitar sini," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Muhammad Suhairi yang juga bapa kepada dua orang anak perempuan itu berkata, jejak Dhania dikesan kali terakhir berada di Johor Bahru, Johor pada awal pagi Isnin.

"Jejak melalui iPhone dia dapat dikesan berada di Johor Bahru, kami terus laporkan pada polis dan siasatan sedang dijalankan.

"Kami juga usaha menjejak dia melalui kenalan di sana, hantaran di Facebook juga dah tular tapi masih belum ada sebarang bukti penemuan setakat ini.

"Saya tak mampu nak tawarkan sebarang ganjaran pada orang ramai, tetapi sesiapa yang ada terjumpa atau tahu lokasi anak saya berada, minta jasa baik hubungi saya segera," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram