Brendan Gan, Kobe Jae Chong antara 5 nama dicanang perkuat Gergasi Merah bulan depan


  • Podium
  • Ahad, 21 Jul 2024

Brendan dikaitkan kembali ke Selangor menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super.

DESAS-DESUS kepulangan Brendan Gan ke pangkuan Selangor FC semakin banyak diperkatakan dalam media sosial.

Ditambah lagi dengan masalah tunggakan gaji yang berlaku dalam kem Kuala Lumpur City FC (KL City) ini memberi peluang buat Gergasi Merah untuk merekrut semula bekas kapten mereka musim lalu.

Bukan itu sahaja menerusi perkongsian laman Instagram, Selangorfans_official, Gergasi Merah akan diperkuatkan dengan empat pemain tempatan baharu menjelang jendela perpidahan kedua Liga Super bulan depan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Selangor rindu ex-import, fans Sang Penyu kagum aksi Noor Al-Rawabdeh

BACA LAGI: Penyokong puji tindakan Selangor FC turunkan 2 import 'kad merah', bantu 'skuad adik' pesta gol benam Sabah

Selain Brendan, nama bekas pemain kelab Cagliari Calcio, Kobe Jae Chong turut dikhabarkan akan menyertai skuad Nidzam Jamil selepas didakwa sudah mendapat pasport Malaysia.

Sebelum ini tular di media sosial, gambar Kobe sedang menjalani latihan bersama skuad Gergasi Merah sekali gus memberikan gambaran bahawa pemain itu akan menyertai Selangor.

Gambaran ini lebih jelas apabila Kobe sudah mula mengikuti pemain-pemain Selangor dalam laman Instagram miliknya.

Antara pemain yang diikuti oleh Kobe Chong ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Samuel Somerville, Alvin Fortes dan beberapa bintang lain.

Dalam pada itu, Selangorfans_official turut memberikan gambaran tiga pemain lagi akan menyertai Gergasi Merah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan depan.

Dua pemain lokal dan satu import dikhabarkan menyertai Selangor selain Kobe dan Brendan.

Antara nama yang disebut-sebut peminat adalah Stuart Wilkin, Saadil Ramdani (Sabah) dan Adib Ra'op (Penang)

Selain itu penyokong juga mengharapkan Selangor bakal membawa pulang Ayron del Valle untuk bergandingan dengan Ronnie Fernandez di pentas Asia yang akan membuka tirai pada September nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram