Penyokong puji tindakan Selangor FC turunkan 2 import 'kad merah', bantu 'skuad adik' pesta gol benam Sabah


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Skuad Piala MFL Selangor berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 6-0 di Stadium UiTM, Shah Alam pada Rabu.

SKUAD muda Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan membelasah Sabah FC II dalam aksi terbaharu Piala MFL.

Gergasi Merah yang dibimbing Abdifitaah Mohd Hassan memasang impian untuk menduduki tangga keempat Piala MFL yang dihuni Terengganu FC II.

Manakala Sabah mahu menamatkan penantian kemenangan pertama selepas empat perlawanan.

BACA LAGI: Tiada kemas kini kes asid Faisal Halim, Bukit Aman nafi hentikan siasatan

BACA LAGI: 'Kurangkan kuota import bukan penyelesaian masalah tunggakan gaji', tegas legenda Harimau Malaya

Barisan muda Selangor diperkuatkan dua tonggak import iaitu Reziq Bani Hani dan Yohandry Orozco.

Sementara Haris Stamboulidis mengetuai bahagian pertahanan skuad muda Sang Badak.

Perlawanan itu berakhir dengan jaringan 6-0 hasil ledakan hatrik oleh Reziq manakala tiga gol lagi menerusi Fakhri Azri (dua gol) dan Izrin Ibrahim.

Keputusan ini menyaksikan Selangor memintas Terengganu II di tangga keempat atas kelebihan jaringan.

Manakala Sabah II terus terperosok di tangga tercorot liga.

Melihat Orozco dan Reziq beraksi dalam Piala MFL, rata-rata penyokong Selangor memuji tindakan barisan kejurulatihan kerana memberi peluang dua pemain itu untuk mengekalkan kecergasaan.

Ia selepas dua pemain itu tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan Piala FA pada Jumaat ini kerana dilayangkan kad merah.

"Hukuman kad merah serta digantung satu perlawanan separuh akhir piala FA jumaat ini telah dimanfaatkan oleh Reziq dan Orozco membantu Selangor B-23 di Piala MFL.

"Idea yang baik dari pengurusan Selangor supaya dua pemain ini dapat kekalkan kecergasan, meningkatkan rentak permainan dan membina keserasian bersama pemain muda," kata Uvuwewe Osas.

"Dua-dua kena 'ban' Piala FA, lebih kepada 'match fitness', lagi pun format MFL benarkan pemain lebih umur bermain," ujar Ammar Ridha.

"Harap selepas ini kalau Faisal Halim dah boleh main, bagi dia main Piala MFL supaya dapat 'fitness match'," luah Two Kang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram