[VIDEO] Penyokong Selangor rindu ex-import, fans Sang Penyu kagum aksi Noor Al-Rawabdeh


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Antara aksi separuh akhir Piala FA antara Terengganu dan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

AKSI separuh akhir Piala FA pusingan pertama nyata memberikan kelainan buat penyokong bola sepak Malaysia apabila empat pasukan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC menampilkan persembahan yang menarik pada Jumaat (19 Julai).

Kedah terpaksa menelan kepahitan selepas tewas tipis di tangan JDT dengan keputusan 1-2 yang menyukarkan misi mereka untuk layak ke pentas akhir Piala FA.

Manakala di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pula menyaksikan aksi hebat di antara Terengganu dan Selangor yang saling membalas jaringan gol.

BACA LAGI: [VIDEO] Safee Sali pelik keputusan pengadil FIFA nafi penalti Kedah

BACA LAGI: [VIDEO] Hector Hernandez disebut sertai JDT, elak ulangi kegagalan 3 nama besar di Harimau Selatan

Namun kemenangan berpihak kepada Terengganu dengan keputusan 3-2 sekali gus juga tidak membawa bekalan selesa ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 3 Ogos nanti.

Walaupun Terengganu berjaya memenangi aksi pertama Piala FA itu, namun penyokong Sang Penyu lebih kagum dengan corak permainan ditampilkan arkitek Selangor, Noor Al-Rawabdeh.

Malah ada yang berpendapat kawalan Al-Rawabdeh di bahagian tengah telah mematikan dua import Sang Penyu iaitu Manuel Ott dan Marin Pilj.

"Nombor lapan Selangor itu memang padu kepala balut pun ya boleh kawal permainan, berdebar-debar kalau bola duduk dekat kaki.

"Ott (Manuel) dengan Marin (Pilj) mati akal semalam (Jumaat)," kata Azizul Joe.

"Orozco (Yohandry) dan Reziq (Bani Hani) tak main malam tadi, kalau ada dua orang ini habis pertahanan TFC kena serang," ujar Muhd Razlan.

"Banyak lagi nak kena baiki, teruk juga kena serang dengan Selangor, harap menang dekat tempat lawan," jelas Muhd Zulfadhli.

Manakala penyokong Selangor pula mula merindui kekebalan bekas import, Yazan Al-Arab selepas melihat aksi yang dipamerkan Umar Eshmurodov.

"Umar itu berat, lebih baik Yazan jadi pertahanan lagi baik, berani buat hantaran jauh dan bawa bola ke depan," luah Saiful Redzuan.

"Penjaga gol, agak kecewa walaupun macam 'keeper' import tapi selalu buat tergamam," kata Khairi Ahmad.

"Panggil balik Jordan Ayimbila itu, membantu sikit bahagian serangan, tapi si Ronnie? Itu penyerang yang nak digunakan untuk ACL?" soal Aizat Mohamadd.

Selangor sekali lagi akan bertemu Terengganu di halaman sendiri pada 3 Ogos nanti untuk menentukan nasib layak ke pentas akhir Piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram