Sudah tahu siapa pencabar, Sabah tunggu masa umum import aksi AWCL


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Sabah yang pastinya mahu meraih keputusa positif di pentas Asia nanti. — Facebook/SAFA

KEKUATAN Sabah FA bakal diuji dengan lawan dari Uzbekistan dan Nepal dalam saingan kelayakan AFC Women Champions League (AWCL) 2024/2025.

Sabah yang merupakan juara Liga Wanita Nasional 2023 menjadi wakil tunggal Malaysia ke saingan AWCL dan perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum bersaing di peringkat kumpulan.

Pada sesi undian yang dijalankan pada Khamis, Sabah yang dibimbing Justin Ganai diundi di dalam kumpulan C bersama wakil Uzbekistan, PFC Nasaf dan juga APF FC dari Nepal.

BACA LAGI: Demi misi takluk Asia, Sabah 'sign' bek kental Selangor

BACA LAGI: Skuad wanita Sabah dah tahap JDT, The Rhinos masih terkial-kial selesai isu gaji

WhatsApp Image 2024-07-19 at 10.01.18 PM

Henrietta (depan) antara watak penting dalam membantu Sabah meraih keputusan positif aksi AWCL nanti.

Pastinya ia merupakan tugas berat buat pasukan yang berpangkalan di Borneo itu untuk layak ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai persediaan untuk aksi tersebut, pengurus pasukan bola sepak wanita Sabah FA, Mohd Arziz Afizy Rumsani berkata, anak jati menjadi pilihan utama untuk membantu skuad itu.

"Persediaan utama Sabah FA ketika ini adalah kita membawa masuk pemain-pemain Sabah yang kini bermain di Semenanjung untuk memperkuatkan pasukan Sabah FA dalam saingan AFC nanti.

"Untuk sekarang saya lebih pentingkan dulu anak jati yang bermain di Semenanjung seperti Siti Nurfaizah Saidin dan Henrietta Justine kerana mereka ni pemain-pemain yang bagus dan sudah tentu mereka kena berbakti ke negeri sendiri dulu untuk dalam saingan LWN dan juga AFC.

"Tapi terdapat juga beberapa pemain lain kita akan tengok nanti macam mana sama ada dapat membantu Sabah untuk layakkan AFC," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-07-19 at 10.00.30 PM

Skuad Sabah berjaya menempah tiket ke AFC Women Champions League (AWCL) 2024/2025.

Menurut Arziz Afizy, skuad Sabah mempunyai kuota untuk membawa masuk pemain import bagi membantu pasukan kendalian Justin Ganai itu di Asia.

"Sebenarnya kita ada kouta enam import untuk slot AFC ni dan Insya-ALLAH kita akan guna untuk keperluan posisi tu nanti.

"Kita perlu juga ada pemain import tapi bukan disebabkan pemain yang kita ada sekarang ni tidak dapat bersaing tetapi dengan pasukan-pasukan yang ada bermain di AFC ni nanti bukanlah pasukan yang orang bilang mudah untuk kita dan ni hanya sangat sukar dan kita perlukan pemain import.

"Setakat ini kita juga sedang melihat beberapa pemain import dan kita akan buat keputusan nanti Julai, pertengahan Julai nanti untuk kita putuskan mana-mana import yang kita akan ambil nanti," jelasnya.

Sekiranya berjaya menjadi juara kumpulan di peringkat kelayakan, Sabah akan layak secara merit ke peringkat kumpulan yang akan bermula pada 6 hingga 12 Oktober secara berpusat di venue yang ditetapkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram