SKUAD boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon, Korea Selatan pada Khamis.
Menerusi laman https://www.abf-online.org, pasukan wanita Malaysia mempamerkan aksi cemerlang apabila menumpaskan Singapura 2-0, masing-masing dengan 221 dan 236 mata pada perlawanan pertama dan kedua, manakala pasukan lawan meraih 211 dan 190 mata.
Kemenangan manis itu dicipta menerusi gandingan Nur Hazirah Ramli, Adania Mohd Redzwan, Anis Hannani Romzi dan Adelia Nur Irwan Syazalee.
BACA LAGI: Tiada Syafiq tidak apa, Kedah masih letak sasaran tinggi dalam Piala FA
BACA LAGI: 'Buat apa nak malu?' fans Sabah syukur SAFA terima bantuan TMJ
Malaysia meraih satu-satunya emas menerusi skuad boling remaja wanita negara. — Facebook/MSN
Lebih manis lagi, pingat emas itu merupakan satu-satunya pingat yang diraih kem negara sepanjang 12 hari kempen Kejohanan Remaja Dunia IBF sejak berlangsung 7 Julai lalu.
Sebelum mara ke final, pasukan negara berjaya menewaskan cabaran Colombia 2-1 pada aksi separuh akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram