KEJAYAAN Sabah FA muncul juara dalam Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu menyaksikan mereka berjaya menempah tiket ke saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024/25.
Pertandingan yang mengumpulkan pasukan dari pelbagai negara sekitar Asia, termasuk juara bertahan dari Jepun, Urawa Red Diamonds dengan kualiti tersendiri.
Jadi, persiapan terbaik sudah tentu dirancang pihak pengurusan untuk memastikan pasukan Borneo tanah air itu dapat menampilkan persembahan terbaik.
BACA LAGI: Nurul Azurin harap kontrak baharu bersama Misaka United FC disambung
BACA LAGI: Komen negatif dan Intan Serah jadi motivasi, bek kiri Tigress ada cara sendiri cipta nama
Penjaga gol negara, Azurin Mazlan teruja berpeluang kembali beraksi buat Sabah dalam saingan LWN 2024/25 dan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL). pic.twitter.com/6YLUnrmDi2
— Zikry Marzuki (@Zik_Majoriti) June 27, 2024
Salah satu rombakan dilakukan Sabah adalah dengan membawa masuk penjaga gol kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan yang memiliki reputasi cukup baik.
Di samping pernah mewakili negara sebanyak beberapa kali, pengalaman pemain kelahiran Klang, Selangor tersebut beraksi di luar negara, iaitu bersama Misaka United (India) dan KFF Presingu (Kosovo) adalah cukup berharga.
Pemain berusia 24 tahun itu turut mengakui bahawa dia teruja untuk mewakili Sabah, lebih-lebih lagi memasuki musim baharu LWN yang semakin meriah.
"Pertama sekali, selepas bertahun-tahun lamanya, saya cukup gembira kerana sekali lagi beraksi untuk Sabah selepas kali terakhir empat tahun lalu. Selain itu, kelab ini akan mewakili negara dalam AWCL dan saya rasa amat gembira bagi Sabah.
"Kesemua pengalaman diraih di luar negara hanya mematangkan kita. Jadi, saya fikir dalam LWN, sudah tentu saya akan dapat belajar sesuatu daripadanya," kata pemain itu kepada Majoriti.
Pengalaman Azurin di peringkat kelab dan kebangsaan adalah cukup berharga.
Azurin ditemui selepas majlis pelancaran LWN 2024/25 yang membariskan sebanyak lapan pasukan bertanding, termasuk Sabah sebagai juara bertahan serta Selangor FC dan Kelana United FC.
Menurutnya, keputusan menyertai Sabah berbanding pasukan lamanya, Malaysian University (MUFT) tidaklah berpunca daripada peluang beraksi di Asia sahaja.
"Bagi saya, saya memilih pendekatan first come, first serve. Jadi, Sabah yang memberikan tawaran kepada Azurin dahulu dan proses rundingan berjalan lancar," katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram