Mungkin tak popular, tapi tindakan kelab naikkan harga tiket 'away' dianggap wajar


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Kenaikkan harga tiket bagi penyokong pelawat menimbulkan rasa tidak senang penyokong Liga Malaysia. — Kedah Darul Aman FC

PENYOKONG pelawat merupakan sebahagian daripada elemen bola sepak. Tanpa mereka, aksi sesebuah perlawanan akan dilihat kurang meriah kerana ketiadaan mereka.

Jumlah mereka lazimnya kecil tetapi selalu menghasilkan kemeriahan di stadium. Namun, kebelakangan ini timbul rungutan terdapat sesetengah kelab Liga Super mengenakan harga tinggi buat tiket penyokong pelawat.

Jelas sekali, ia tidak disenangi bagi mereka yang suka pergi away day. Tetapi, sebenarnya ia adalah satu tindakan wajar.

BACA LAGI: ‘Bangsa final’, salahkan subsidi diesel mungkin punca hanya sekitar 5,000 tiket terjual aksi Harimau Malaya-Taiwan

BACA LAGI: Dari jauh tetap sokong, fans Kedah semangat beli tiket bantu kewangan kelab

451428266_18442625629006712_5353183073370159767_n

Selangor membawa penyokong yang ramai ke Derbi Lembah Klang di gelanggang KL City. — Selangor FC

Beberapa kelab seperti Kuala Lumpur City FC dan Terengganu FC dilihat menaikkan harga tiket bagi penyokong pelawat mereka.

Pada aksi Derbi Lembah Klang, KL City menaikkan harga tiket terbuka buat penyokong Selangor kepada RM34 termasuk caj tambahan pembelian atas talian.

Sementara Terengganu pula mengenakan RM33 berbanding RM20 buat penyokong pelawat untuk aksi separuh akhir Piala FA dekat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Jumlah kenaikan itu amat tinggi tetapi difahami kerana status perlawanan yang dianggap penting seperti pertembungan jiran tetangga serta separuh akhir piala berprestij.

Menguatkan home advantage

Pada hemat penyokong pelawat, tindakan tersebut seakan menekan mereka dengan harga tiket tinggi serta kos untuk bertandang ke tempat lawan.

Harga tiket tinggi boleh mempengaruhi keputusan penyokong pelawat untuk datang bertandang. Dari sudut psikologi bola sepak, apabila jumlah penyokong pelawat rendah, ia menguatkan lagi home advantage pasukan tuan rumah.

449447515_510288451352337_1749990586552617385_n

Penyokong Kedah hadir dalam jumlah kecil ketika bertandang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. — Kedah Darul Aman FC

Apabila penyokong pelawat tidak ramai yang hadir, ia sedikit sebanyak mengganggu motivasi pasukan kerana jumlah sokongan yang kecil diterima mereka berbanding ribuan peminat tuan rumah.

Home advantage amat penting dalam bola sepak dan ia dikira walaupun sekecil-kecil perkara. Baik dari jumlah penyokong pelawat kepada keluasan padang serta kecilnya bilik persalinan buat pasukan pelawat, semua itu diambil kira.

Serampang dua mata

Tindakan menaikkan harga tiket buat penyokong pelawat ini ibarat serampang dua mata oleh pihak tuan rumah. Apa saja hasilnya, tidak akan merugikan mereka.

Hal ini kerana, sekiranya jumlah tiket terjual adalah rendah maka mereka akan menang dari segi home advantage kerana bilangan penyokong pelawat tidak ramai.

Tetapi jika peruntukan tiket bagi penyokong pelawat habis terjual, kantung kelab tuan rumah akan penuh kerana tindakan mereka mengenakan harga tinggi.

Tindakan menaikkan harga tiket bagi penyokong pelawat ini dari satu sudut memang dilihat tidak munasabah. Tapi jika dilihat daripada sudut lain, ia adalah wajar demi kelangsungan kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram