TUGAS getir menanti Kedah Darul Aman FC apabila mereka berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di separuh akhir Piala FA.
Berpeluang untuk mencipta kejutan, perancangan Kedah bagaimanapun tergendala kerana ketiadaan Syafiq Ahmad yang tidak boleh diturunkan disebabkan dia adalah pemain pinjaman dari JDT.
Oleh itu, pengendali Kedah, Nafuzi Zain perlu melakukan sesuatu untuk memastikan kemenangan memihak Sang Kenari.
BACA LAGI: Nama 2F jadi pilihan, penyokong Kedah reda Syafiq Ahmad tak dapat turun lawan JDT
BACA LAGI: Bukan umum penaja RM10 juta, Kedah Darul Aman lantik CEO baharu
Ubah taktik jumpa JDT
Tidak dinafikan, kehadiran Syafiq ke Kedah meningatkan sengat di bahagian serangan Kedah. Namun berdepan JDT, Nafuzi harus memikirkan sesuatu yang berbeza kerana tidak boleh menurunkan pemain tersebut.
Bermain di laman sendiri, semestinya Nafuzi tidak mahu bermain bertahan dan ingin mencari sebanyak boleh gol kerana tugasan pada aksi timbal balik pastinya lebih sukar.
Nafuzi (kiri) perlu menggunakan pendekatan istimewa untuk kalahkan JDT. — Kedah Darul Aman FC
Lazimnya, Nafuzi mengenakan formasi 4-3-3. Mungkin, ketika berdepan JDT, Nafuzi boleh mengenakan formasi berbeza seperti 4-4-2 atau 4-3-2-1.
Yang pasti, formasi bersifat bertahan 5-4-1 atau 5-3-2 perlu dielak oleh Nafuzi kerana jika digunakan, penyokong Kedah pasti akan kurang senang dengannya.
Lancarkan gandingan Assifuah-Gordic
Melihat kepada ketiadaan Syafiq, masa inilah Nafuzi oleh melancarkan gandingan serangan import melibatkan Ebenezer Assifuah dan Milos Gordic.
Formasi 4-3-3 yang digunakan oleh Nafuzi membataskannya menggunakan dua penyerang tersebut dengan Assifuah sering diberikan tugas sebagai pemain kesebelasan utama.
Gordic dikritik teruk kerana tidak bermain dengan baik. — Kedah Darul Aman FC
Dengan menukar formasi kepada 4-4-2, Nafuzi boleh menggandingkan Assifuah dan Gordic dalam misi memecahkan gawang JDT yang dikawal oleh Syihan Hazmi.
Percaturan ini dilihat berani kerana prestasi Gordic yang cukup mengecewakan sekarang. Namun jika Gordic berjaya menyerlah, dia mungkin boleh memenangi hati penyokong Kedah semula.
Masa untuk Fayadh Zulkifli
Jika Nafuzi memilih untuk mengekalkan formasi 4-3-3, dia tiada pilihan lain untuk mencari pengganti Syafiq di posisinya.
Melihat kepada situasi ini, Fayadh Zulkifli dilihat berpotensi untuk mengisi posisi tersebut apabila berdepan JDT.
Fayadh boleh menjadi pengganti kepada Syafiq. — Kedah Darul Aman FC
Dari segi kualiti, mungkin terdapat perbezaan antara dua pemain tetapi Fayadh yang semula jadi apabila diletakkan di bahagian sayap.
Percaturan ini membolehkan Nafuzi menggunakan taktikal lazimnya berdepan JDT. Dengan Kedah sudah lazim dengan sistem ini, jadi tiada masalah untuk mereka pergi dan menggempur JDT walaupun Harimau Selatan dilihat pasukan lebih lengkap berbanding Sang Kenari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram