'Kedah tak hormat JDT', persembahan berani Sang Kenari berdepan Harimau Selatan patut jadi 'blueprint'


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Kedah menampilkan persembahan berani menentang JDT di Darul Aman. — JOHOR Southern Tigers

KEDAH Darul Aman FC terpaksa memberikan kudrat mereka apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir kedua Piala FA dalam masa dua minggu.

Hal ini kerana, kekalahan 1-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar menyukarkan mereka lebih-lebih terpaksa bermain di gelanggang lawan selepas ini.

Namun begitu, pujian harus diberikan buat skuad kendalian Nafuzi Zain. Berdepan pasukan yang lengkap serba-serbi, Kedah berjaya memberikan saingan kepada Harimau Selatan.

BACA LAGI: Drama VAR, gol minit akhir bikin aksi dramatik JDT-Kedah bersambung di SSI

BACA LAGI: [VIDEO] Safee Sali pelik keputusan pengadil FIFA nafi penalti Kedah

452099639_504331018655553_6014719003864406741_n

Sony Norde (kanan) antara watak penting kepada persembahan Kedah. — MFL

Malah ada juga yang berpendapat, Kedah tidak menunjukkan sebarang rasa hormat kepada JDT dengan berani menyerang mereka.

Menurut perkongsian seorang penyokong bernama Syam VD, corak permainan menekan atau pressing ditampilkan Kedah dianggap sebagai blueprint untuk mana-mana pasukan berdepan JDT.

"Perlawanan semalam (Jumaat) di antara Kedah menentang JDT mungkin merupakan blueprint untuk pasukan lain. Pressing Kedah ke atas JDT memang menjadi. Kita juga menyaksikan beberapa hantaran yang baik dari Kedah.

"Mungkin perlawanan yang paling menarik untuk Piala FA 2024 ini," katanya.

452119239_504331128655542_7060687912327234265_n

Para pemain Kedah meraikan jaringan penyamaan Habib Haroon. — MFL

Syam berpendapat yang persembahan ditampilkan Kedah berdepan JDT boleh membuatkan ramai jatuh cinta kepada Sang Kenari.

Kedah mungkin menghormati JDT di luar padang, tapi tidak ketika berada dalam gelanggang.

"Kedah mungkin hormat JDT di luar padang tapi tidak di atas padang. Aku bukan penyokong Kedah tapi dengan corak permainan seperti ini, sesiapa pun yang menonton pasti jatuh cinta dengan Kedah Darul Aman FC," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram